Thursday, December 30, 2010

Alhamdulillah... You bring me home


i was so far from you
yet to me you were always so close
i wandered last in the dark
i closed my eyes towards the signs
you put in my way
i walked everyday
further and further away from you
ooh Allah... you brought me home
i thank you with every breath i take

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
all praises to Allah...!

i never thought about
all the things you have given to me
i never thanked you once
i was too proud to see the truth
and prostrate to you
until i took the first step
and that's when you opened the doors for me
Now Allah, i realized what i was missing
by being far from you...

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
all praises to Allah...!

Allah... I wanna thank You
I wanna thank You for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
and did you give me hope
I wanna thank You for bringing me home

ALHAMDULILLAH!!!


Sunday, December 26, 2010

Dimakah hati kita? Read! in the name of the God who created!


Assalamualaikum warahmatullahi wabrakatuh.... Ape khabar sahabat-sahabatku semuanya? ^_^ Agak lama sudah laman ni tak tercoret. Baiklah, ingin saya sampaikan sesuatu kepada kalian semua brothers and sisters yang dikasihi. begini mulanya.....

Sewaktu ketika dahulu... beribu-ribu tahun dahulu, wujud seorang manusia daripada barat yang mengeluarkan satu teori yang mengatakan bahawa bumi ini mendatar. seperti segi empat tepat. kemudian, selepas beratus-ratus tahun berlalu, wujud seorang lagi manusia yg juga berasal dari barat. yang mengeluarkan teori bahawa bumi ini sebenarnya bulat. Namun masyarakat mengatakan beliau gila. sehingga dia dihukum bunuh oleh kerajaan ketika itu. kemudian wujud lagi seorang manusia yg juga berasal dari barat. mengatakan sebenarnya bumi ini benar-benar bulat. namun kepercayaan beliau tidak diterima oleh masyarakat sehinggakan beliau dipenjara. kemudian beliau mati di penjaranya sendiri. Apabila bumi melangkah ke abad ke 20, yakni tahun 1900-an, Albert Einstein mengukuhkan kembali bahawa bumi ini bulat dan ia terletak di dalam satu galaksi yg static. Namun dinafikan oleh seorang lagi saintis iaitu galileo galilei yg mengatakn bahawa galaksi ini tidak static. ia berputar. kenyataan itu diterima oleh semua orang seghinggakan albert enstein sendiri mengatakan bahawa teorinya itu adalah teori yg paling bodoh pernah dibuat olehnya. beberapa tahun kemudian, terciptanya teleskop pertama yg dicipta oleh Hubble. teleskop ini mampu melihat jauh ke alam semseta dan ketika itu barulah masyarakat faham bahawa benar bumi itu bulat dan berputar di dalam orbitnya. begitu juga galaksi yang turut berputar dalam keadaan anti-clockwise. kemudian terus dikaji shingga para saintis berjaya membuktikan teori bigbang. mereka mengatakan bahawa alam semsesta ini terjadi 15 billion tahun yang lalu dalam 6 fasa. pertama, Satu letupan yang benar-benar kuat terjadi sehinggakan ia membentuk cahaya yang berkilau bagaikan bunga rose. kemudian hasil letupan itu menghasilkan energy particle. kemudian energy particle itu membentuk proton dan electron. beratus2 tahun kemudian, proton dan electron yang terbentuk tadi berubah menjadi air dan hydrogen. beratus2 ribu tahun kemudian terbentuk pula galaksi-galaksi kecil dan akhirnya terbentuklah alam semesta yg wujud sekarang ini.

Begitulah manusia sahabat-sahabatku. apabila terciptanya teknologi, barulah manusia mempercayai teori-teori yang dikeluarkan oleh para saintis. mereka menerima semua itu kerana ianya logik di akal. tetapi adakah sepatatunya manusia mempercayai teknologi??? bagaimana dengan Al-Quran sahabat-sahabatku? bagaimana dengan Al-Quran? Allahuakbar!!!!!!!!!!!!!! apa yang sudah terjadi dengan manuisa zaman sekarang? yang mengaku bahawa dirinya beriman! dirinya umat Nabi Muhammad S.A.W.! mengaku bahawa mereka memeprcayai Al-Quran tetapi hakikatnya mereka membelakangkan Al-Quran. Nau'zubillahiminzalik.1433 tahun yang lalu sahabat-sahabatku. 1433 tahun yang lalu!! Rasulullah S.A.W sendiri telah menyampaikan wahyu yang diturunkan oleh Allah melalui malaikat jibril yang mafhumnya : Sesungguhnya Tuhan kamu Dialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy (singgahsana) untuk mengatur segala urusan. Tidak ada yang dapan memberi syafaat kecuali setelah ada izin-Nya. Itulah Allah, Tuhanmu, maka sembahlah Dia. Apakah kamu tidak mengambil pelajaran? (Yunus : 3) bayangkan sahabat-sahabatku. bayangkan bagaimana keadaan baginda ketika menyampaikan wahyu itu tanpa teknologi!!!!!! bayangkan apa yg masyarakat ketika itu berkata baginda? bayangkan sahabatku! Gi..???? Allahuakbar!! Sesungguhnya aku sendiri tidak sanggup memanggil baginda sedemikian rupa Ya Allah!!! wahai sahabat-sahabatku... begitualah dugaan2 yg diterima oleh kekasih Allah, insan yg paling mulia di sisi Allah! bagaimana mungkin baginda bisa membuktikan ayat-ayat Allah dengan menggunakan teknologi pada ketika itu. terimalah hakikat ini wahai sahabat-sahabatku. Sesungguhnya Al-Quran lah rujukan kita, kitab panduan hidup kita. Allah berfirman : Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilauan) minyak. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (Ar-Rahman : 37-38) Nah sahabat-sahabatku. teori bigbang sebelum ini mengatakan bahawa letupan pada 15 billion tahun yang lalu meletup sehingga bercahaya seperti bunga rose, tetapi sebenarnya Rasulullah yang membuktikan dahulu bagaimana penciptaan alam semseta ini yang berkilau bagaikan mawar merah. Namun tidak ada orang yang ingin mempercayai baginda. Astaghfirullahalazim.... Sedarilah sahabat-sahabat yg mulia, Al-Quran itu terbukti kebenarannya. dan sesungguhnya Allah itu wujud!!!! maka tunduk dan patuhlah kepada segala perintahNya dan tegahi dan jauhilah segala laranganNya. Allah adalah Tuhan kalian! Allah adalah segala-segalanya. Allah telah mencipta pelbagai makhluk di atas muka bumi ini serta segala yang brada di langit untuk kalian semua tunduk bersyukur kepadanya. Namun, koliilamma tasykurun (hanya sedikit sahaja yang bersuyukur). jadi, golongkanlah diri sahabat-sahabat dalam golongan yang sedikit itu. Sesungguhnya kemenangan akan menanti sahabat2 semuanya. Ingatlah, Allah Maha Melihat, Maha Penyanayang, Maha Pengasih, Maha Bijaksana, Maha segala-galanya! Dia adalah segala-galanya bagi kita. cintailah Allah kerana sesungguhnya cinta Allah lah yg paling agung! Ayuh brothers and sisters. ayuh kita mengangkat kedua-dua belah tangan kita dan terus memohon ampun dariNya. menangislah wahai sahabatku sambil memohon keampunan. kerana sesungguhnya Allah lah yang Maha Penerima Taubat. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. ampunkanlah dosa-dosa kami. sesnugghunya kami jahil suatu ketika dahulu. kami telah melakukan banyak dosa Ya Allah!! kami telah menzalimi diri kami.. kami pernah meninggalkan Al-Quran... kami pernah menggunakan tangan, mata, telinga, kaki dan seluruh anggota badan kami utk berbuat dosa Ya Allah... Namun Ya Allah, kini kami sedar siapa diri kami yang sebenarnya.. Tiada Tuhan selain engkau Ya Allah! Hanya pada engkaulah tempat kami bergantung dan memohon pertolongan. ampunkan kami Ya Allah... Ampunkanlah kami.. sesungguhnya engkaulah Yang maha pengampun dan maha penyanyang.. amiiinnn.. moga-moga kita semua dipelihara oleh Allah, begitu juga iman dan amal kita. Allahukabar!
kami cinta kepadamu Ya Allah!!!

Tuesday, November 30, 2010

Saat- Saat Terakhir


Nabi Muhammad S.A.W. baru pulang dari satu perjalanan dan baginda merasakan badannya kurang segar. Atas permintaan baginda, isteri-isteri baginda mengizinkan baginda tinggal di rumah Aisyah. Pada suatu ketika, baginda meminta Aisyah memanggil para sahabat Nabi lantas Aisyah segera melaksanakannya. Tidak lama kemudian berkumpullah mereka dengan duduk di samping tempat berehat Nabi.

"Salam sejahtera dan selamat datang," demikian Nabi memulakan bicara. Semua yang ada terdiam dan mendengar dengan teliti kata-kata baginda.


"Saat perpisahan kita telah hampir," Nabi membayangkan apa yang akan terjadi.
Selesai baginda berkata-kata, salah seorang bertanya: "Siapakah yang akan memandikan Nabi?"

"Yang paling dekat dari keluargaku," jawab Nabi.


"Dengan apa kami kafani?" datang pertanyaan lagi.


"Kainku ini jika kamu mahu, atau kain Mesir, ataupun Yaman," jawab Nabi.


"Siapakah yang akan menyembahyangkan Nabi?"


Belum sempat Nabi menjawab, kesedihan hati sudah merata. Tiba-tiba Abu Zar menangis kerana tidak sanggup menahan pilu di hati. Sahabat-sahabat yang lain turut menangis dan akhirnya Nabi sendiri menangis.
Dalam keadaan sedu-sedan itu, Nabi meneruskan bicaranya. Baginda terus menceritakan tentang memandikan, mengafani dan menyembahyangkan. Cara-cara dan betapa harus dikerjakan telah baginda gambarkan kepada sekalian sahabat yang hadir.

"Siapa yang akan memasukkan jasad Nabi ke kubur?" bertanya sahabat.


"Keluargaku, bersama-sama dengan malaikat yang ramai, mereka meliaht kamu, tetapi kamu tidak melihat mereka." jawab Nabi S.A.W.


Suasana di tempat itu bertambah sedih, Abu Zar lebih tidak tertahan lagi lalu beliau keluar dari rumah Aisyah sesudah meminta diri. Suara Nabi menceritakan saat perpisahan itu amat menyayatkan hatinya.
Kekuatan Nabi makin berkurangan dan baginda terus tinggal di rumah Aisyah. Para sahabat bersedih hati dan demikian juga penduduk Madinah yang mengetahui hal itu. Sebelum ini Nabi S.A.W. pernah dalam khutbahnya di masjid yang menggambarkan baginda akan berpisah dengan umat dan dunia ini. Sekalian yang mendengar mencucurkan air mata dan merasa pilu dan sedih dan kini suasana kesedihan sudah merata-rata di Kota Madinah. Tetapi kesedihan mereka berkurangan sedikit apabila kelihatan Nabi dipapah oleh keluarganya untuk bersolat jemaah di masjid. Baginda menyuruh Abu Bakar menjadi Imam dan baginda solat di belakangnya. Selesai bersolat terasa suasana gembira di kalangan sahabat dan mengharap kesihatan Nabi beransur pulih. Nabi kemudian menyampaikan amanat kepada yang hadir, terutamanya tentang perkara yang harus diperhatikan sepeninggalan baginda iaitu berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah. Sesudah itu baginda dipapah kembali ke rumahnya. Di rumah Aisyah keadaan baginda menjadi bertambah lemah.

Akhirnya, tanggal Isnin bersamaan 13 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah, Nabi, Rasul Allah, meninggalkan dunia ini di dalam rumah Aisyah. Terdengar suara Aisyah bercampur bingung dan sayup-sayup terdengar suara Fatimah : Abatah, Ya Abatah! ayah, oh ayahku!
Kota Madinah diselubungi kesedihan yang luar biasa. Sebilangan mereka hampir tidak mahu mempercayai berita itu. Umar bin Khathab mencabut pedangnya dan mengertak untuk membunuh sesiapa yang mengatakan bahawa Nabi telah wafat. Umar seolah kebingungan tidak mahu membenarkan berita kewafatan Rasulullah S.A.W itu. Abu Bakar setelah diberitahu segera beliau datang dan terus menuju ke tempat jasad Nabi dibaringkan. Beliau melihat jasad dan wajah Nabi yang tidak bernyawa lagi. Kemudian dalam keadaan sedih mengucapkan kata-kata penuh keharuan atas wafatnya baginda Rasulullah.

"Wahai manusia! Barang siapa menyembah Muhammad, Muhammad kini sudah wafat. Tetapi barang siapa menyembah Allah, maka Allah tidak mati," demikian kata-kata Abu Bakar dan sesudah itu segera beliau keluar, dan menemui orang ramai.


Mendengar kata-kata Abu Bakar, Umar bin Khathab merasa pilu sehingga dia menangis. Yakinlah Umar atas berita kewafatan Nabi yang sangat dicintainya itu. Semua orang bergelumang dalam suasana yang sedih yang amat menusuk hati.
Begitulah sahabat-sahabat. Bagaimana tingginya cinta para sahabat serta keluarga baginda terhadap baginda. Hilangnya seorang utusan Allah, bagaikan hilangnya jiwa yang sepatutnya tersemat di jasad setiap manusia. Oleh itu, soallah diri kita, sejauh mana cinta kita kepada Baginda. Jika benar kita mencintai Rasulullah, sejauh mana kita mengikut sunnah dan ajaran yang dibawa olehnya. Tepuk dada, tanyalah iman. Allahualam....

Sabda Rasulullah S.A.W : " Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintaimu daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Tuesday, November 16, 2010

Jodoh di Tangan Allah ^_^


Ya Allah, seandainya engkau catatkan,

Dia milikku tercipta buatku,

satukanlah hatinya dengan hatiku,

Ya Tuhan Maha Mengasihi,

seiringkanlah kami melayari hidup ini,

ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan,

dia bukan milikku,

bawalah ia jauh dari pandanganku,

luputkanlah ia dari ingatanku,

Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,

berilah aku kekuatan,

melontar bayangannya jauh ke dada langit,

hilang bersama senja nan merah,

agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama

dengan dirinya.

Ya Allah Ya Tuhanku,

pasrahkanlah aku dengan takdirmu,

sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,

adalah yang terbaik buatku,

kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik

buat hamba-mu ini

Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang

tumbuhkanlah kembali yang telah patah

jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku

berikanlah aku insan yang lebih baik

jika dia bukan jodohku

Ya Allah,cukuplah engkau sahaja

menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat

Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini

jangan engkau biarkan aku sendirian

di dunia mahupun diakhirat

jauhkanlah aku dari terjurus ke arah

kemaksiatan dan kemungkaran

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman

supaya aku dan dia sama-sama dapat membina

kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai

dan kurniakan kepadaku keturunan

yang soleh dan solehah

berilah kami kebahagiaan hidup

di dunia dan di akhirat

Saturday, October 30, 2010

Air Mata buat Ibu dan Ayah



19 Oktober 2010. Sayu sekali hari itu. Bangun pagiku pada hari itu sangat tidak sama dengan hari-hari sebelumnya. Setelah selesai menunaikan kewajipan agama, aku terus ke kamar bondaku. Kelihatan bondaku termenung jauh di tepi jendela."Assalamualaikum", ujarku. Bondaku senyum. Wanita itu masih lagi diselubungi kain putih. Barangkali baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh. Dia memanggilku ke mari. "Mari sini jap (nama). Tolong ummi masukkan surah-surah Al-Quran dalam mp3 yang ummi baru beli ni. Nak dengar time dalam kapal terbang nanti", pinta bondaku. Aku hanya menganggukkan kepalaku dan terus ke laptop ibuku utk melaksanakan arahannya. Selesai tugas itu, ak terus bertanya, "ada apa-apa lagi yang (nama) boleh tolong?". Tulang-tulangku yang selama ini berat menjadi terlampau ringan mengalahkan titanium untuk menolong ibuku. Mungkin inilah naluri seorang anak yang mencintai ibunya.

Beberapa jam dah berlalu, ramai orang berkunjung ke teratapku. Barangkali memberi penghormatan terakhir kepada orang tuaku yang akan berlepas beberapa jam lagi. Rakan-rakan ayahku semua memakai kopiah putih. Bersemangat sekali menolong ayahku mengikat bagasi-bagasi yang bakal dibawa oleh ayahku. Mungkin untuk memastikan beg-beg tu diikat kemas dan tidak tercicir isi kandungannya. Lantas aku ke dapur menyiapkan sejag air, sekurang-kurangnya untuk menghilangkan haus rakan-rakan ayahku. Adik-adikku semua dah bersiap sedia dengan berpakaian baju melayu, berkopiah. Menunggu di tebing pintu. Kemudian, rakan-rakan ayahku keluar dari rumah, berkumpul di hadapan pintu. Saudara-mara ku perlahan-lahan berjalan menuju ke pintu untuk turut mengikut jejak langkah rakan-rakan ayahku. Kedengaran bunyi esak-esak dan tangis yang agak perlahan di belakang. Di dalam mataku kelihatan nenek serta adik beradiknya mengalirkan air mata. Mungkin agak sedih untuk melepaskan anaknya yakni bondaku utk pergi ke menuju Allah. Beberapa minit kemudian, bonda serta ayahndaku dah siap dengan pakaian putih, berdiri di bingkai pintu. Lantas sahabat ayahku melaungkan azan. Allahuakbar~ Allahuakbar~.... Terdetik dalam hatiku, kenapa dia yang azan. Sedangkan aku anak mereka. Aku yang patut azan. Hati kecilku memberontak. Tapi perkara itu aku biarkannya berlalu sahaja. Tidak ada masa untuk aku memikirkan hal-hal remeh sebegitu. Aku terus mengapai kunci kereta. 3 buah kereta mengusung perjalanan kami ke lapangan terbang. Perrtama kereta rakan ayahku, yang mana hanya ayahku serta seorang rakannya yang berada dalam kereta itu. Kemudian kereta ibuku yang dipandu olehku. Dalam kereta ini, ahli-ahlinya terdiri daripada adik-beradikku, nenekku serta bondaku. Sebuah lagi kereta, isi-isinya adalah saudara-maraku yang nun jauh datang dari seberang. Dengan lafaz Bismillah, kami memulakan perjalanan.

Ahh! Sangat sunyi suasana di dalam kereta yang dipandu olehku. Hairan. Selalunya tidak sepi sebegini. Makin jauh aku memandu, makin pilu suasannya. Air mataku terasa ingin berderai. Entah kenapa. Barangkali sedih untuk melepaskan ibuku. Ibuku yang duduk di sebelahku sesekali menjenguk wajahku. Mungkin dia ternampak air mata jantanku berlinang di bibir mata. Terus dia mengambil kaca mata hitam menutup matanya. Ak dapat rasa yang ibuku turut menangis. Kemudian ibuku memandang kebelakang. Dia memandang semua wajah anak-anaknya. Lantas ada satu suara memecah kesunyian. Ibuku berpesan kepada adik bongsuku. "Duk baik-baik ye dik. Jangan nakal-nakal. Kasihan kat Wan tak larat nak jaga nanti." Adikku hanya menganggukkan kepalanya berkali-kali tanda faham. Kemudian ibuku menekan suis radio. Mungkin untuk menghilangkan benih2 kesepian daripada terus subur. Dah dekat nak sampai. Kelihatan ramai sekali khalifah-khalifah Allah mengerumuni lapangan terbang. Subhanallah. Parking semua kosong. Aku hanya mampu drop ahli-ahli kenderaan di main entrance lapangan terbang. Kemudian aku memberi pesanan ringkas kerana memandangkan keadaan di situ sibuk sekali. " (nama) pergi cari tempat parking jap eh. Nanti (nama) cari ummi dengan ayah." Aku terus memandu kereta ibuku jauh ke dalam. Susah sekali nak cari tempat parking. Akhirnya, aku berjaya mencari lorong kecil yang mana aku rasa boleh la kalau kereta ni nak parking untuk sementar waktu. Tapi tempat aku parking tu sangat-sangat jauh. Tanpa membuang masa, aku menggapai kopiahku dan keluar dari jentera yang aku pandu itu. Kemudian aku berjalan sepantas-pantasnya. Tiba di lapangan terbang, aku dapat melihat ribuan manusia bergelimpangan di airport. Hati kecilku berkata, "Ya Allah, macam mana aku nak cari orang tua aku ni. Dalam keadaan lautan manusia ni! Tolong aku Ya Allah!!!" Ternyata aku tidak bisa menjumpai ibubapaku. Kemudian aku membuat panggilan. Dengan yakin aku mendail nombor telefon ibuku. Ahh!! kredit habis!! Astaghfirullahalazim. Aku seperti terumbang ambing sebentar. Aku terus berjalan sambil beristighfar berkali-kali. Kemudian aku ternampak kelibat lelaki tampan dan gagah di kaunter pendaftaran Tabung Haji. "Ayah!!!" hati kecilku berteriak. Aku tersenyum mengucap Alhamdulillah. Tak lama selepas itu, ibuku call. Kesyukuran ku berganda. Kemudian ibuku berrtanya, "Dah parking kereta belum?" Aku jawab. "Dah, jauh sangat." Ibuku soal lagi, "emm, boleh tak tolong ambil bantal hitam kecil ummi. Ummi tertinggal dalam kereta tadi." "Aduuuuii. Jauh tu nak pergi ambil" hatiku berkata. Namun ak melawan hatiku dengan berkata kepada ibuku. "Ok Ok. (nama) pergi ambil sekejap k. Tunggu dekat kaunter pendaftaran. (nama) pergi ambik sekarang." Aku terus berlari menuju ke kereta. Berpeluh-peluh jasadku. Sampai basah baju biru yang ku pakai. Alhamdulillah, sampai juga aku. Aku terus mengambil barang yang diminta ibuku itu dan bergegas kembali ke lapangan terbang.

Sekali lagi aku tersesat di lapangan terbang. Bukan kerana aku tidak mengenali jalan, tetapi disebabkan ribuan manusia yang membentuk lautan menghalangi jalan-jalanku. Semua ini dugaan. Sekali lagi aku gagal mencari ibuku. Sedih sangat. Dengan berbekalkan kredit RM0.00, ak hanya mampu mencari dengan menggunakan kaki dan mata. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Mungkin Dia mendengar rintihanku. Aku menerima panggilan dari ibuku. ALHAMDULILLAH! Ibuku memberi clue-clue yang aku perlu untuk sampai ke tempat ibuku berteduh. Dan akhirnya aku berjaya menjumpainya. Kelihatan adik-adikku sedang duduk di atas divider jalan yang berwarna hitam putih itu. Bersama-sama dengan neneknya. Pendaftaran sudah pun selesai. Tibalah masa untuk ibu dan ayahku untuk masuk ke balai perlepasan. Flight mereka masih lagi lambat. Lagi 5 jam. Tapi mereka perlu berkumpul di balai perlepasan untuk taklimat yang akan disampaikan oleh pegawai-pegawai tabung haji. Waktu itu, jam masih menunjukkan waktu 4 petang. Adik-adikkku semua mencium tangan ibu dan ayahku. Tidak cukup dengan itu, mereka peluk orang tua mereka dengan penuh erat. Aku masih lagi tidak melakukan hal sedemikian kerana aku perlu menolong ayahku untuk mengangkat bagasi-bagasi gergasi ibu dan ayahku dan akalku assume yang mungkin aku sempat untuk mencium tangan mereka selepas aku menolong mereka angkat beg-beg besar ini.. Tiba di pintu masuk, beberapa orang polis menahanku seraya menyoal, "Dik, ni beg-beg siapa ye?" Aku terus menjawab. "Ni beg mak ayah saya. Saya nak tolong angkat beg-beg ni masuk dalam. Ayah saya mana boleh angkat sorang-sorang" Polis itu dengan tegas berkata. "Adik tak boleh masuk. Jemaah je yang boleh masuk. Adik kena duduk dekat luar." Ya Allah. Hatiku terasa bagaikan dihiris mata pedang. Sangat pilu. Aku memandang wajah ayahku yang di tangannya sudah membawa beberapa buah beg. Aku berkata degan nada perlahan "ayah, polis tu tak bagi (nama) masuk." Ayahku merayu kepada polis tu. "Bagi la anak saya ni masuk. Dia nak tolong angkat beg je pun." Polis itu tetap bertegas, "tak boleh encik. Takpe, nanti saya tolong pakcik angkat barang-barang ni." Polis itu terus mengarahkanku supaya pergi dan memberi laluan kepada jemaah-jemaah lain untu masuk. Aku terus beredar. Tetapi sebelum itu, ak sempat menarik jubah ibuku yang sebenarnya agak jauh di hadapanku, dalam 1.5 meter. Aku ingin memeluk ibuku, namun, gagal kerana jarak kami diselangi beberapa jemaah-jemaah lain. Lantas ibuku menghulurkan tangannya. Aku berkata, " belum lagi ummi. Nanti kita jumpa balik dekat tepi pagar." Ibuku berkata, " takpelah, takut tak sempat, cepatlah salam." Aku terus mencium tangan ibuku sambil berpesan, " Nanti jumpe balik ye kat tepi pagar." Ibuku hanya manganggukkan kepalanya. Kemudian aku mencari ayahku yang sebentar tadi hanya berdiri di belakangku. Ya Rabbi! Dia sudah hilang dari pandangan mataku. Tidak sempat untuk aku mengucup tangannya. Sedih sangat. Aku terus berlari ke arah pagar yang menghalangi orang-orang lain daripada turut ikut masuk ke dalam bersama jemaah. Aku melambaikan tanganku. Alhamdulillah ibuku ternampak tangan hina kecilku melambai kearahnya. Dia tersenyum. Kemudian dari jauh aku ternampak ayahku sedang berulang-alik membawa bagasi-bagasi besar masuk ke dalam balai. Ternyata polis tadi hanya memberi harapan palsu kepada ayahku. Hati kecilku memberontak "eee.. geramnya aku. Tadi cakap nak tolong angkat. Tengok-tengok ayah aku sendiri yang angkat semua beg-beg tu. Astaghfirullahalazim! Penipu!" Kemudian ibuku menelefonku. Dia cakap " (nama)... ummi rasa kita dah tak boleh jumpa dah. Pegawai tu cakap bila dah masuk balai berlepas dah tak boleh keluar da." Aku terdiam. Terpaku. Sedih yang teramat sedih. Aku mula mencemburui adik-adikku yang sebelum ini sempat mencium dan memeluk ibubapaku sebelum meninggalkan mereka. Aku hanya menjawab " Takpelah ummi. Takde rezeki. Bila dah sampai nanti, kirim salam kat Rasulullah ye." Perbualan kami berakhir di situ. Aku terus beredar dalam keadaan hambar. Aku mendapatkan adik-adikku serta nenekku yang menunggu di tepi kaunter dan membawa mereka ke kereta yang kami naiki tadi.

Aku serta adik-adikku pulang ke rumah. Ternyata lain rasanya bila berada di rumah tanpa kedua ibu bapa. Jam sudah menunjukkan waktu 6 ptg. Pukul 8 aku harus ke airport kembali sebab aku perlu pulang ke tempat pengajianku malam itu juga. Tempat pengajianku jauh dari kampung halaman. Jadi, dalam masa yang singkat, aku persiapkan adik-adikku untuk ke rumah nenekku. Mereka akan tinggal di sana selama ketiadaan ibu bapaku. Aku persiapkan baju-baju mereka, ubat-ubatan mereka, makanan-makanan mereka. Penat sekali. Tengah-tengah mempersiapkan segala macam itu, aku mendapat panggilan dari ayahku. Ayahku memberitahuku yang dia akan berlepas jam 9 malam. Oh!! Sama masa dengan penerbanganku. Ayahku berpesan "Nanti kalau dah sampai airport, bagitahu la. Mungkin nanti boleh jumpa. Sebab ayah ada kenal pegawai yang bekerja kat sini. Dia boleh tolong." Ak menangis kegembiraan mendengar berita itu. Allah mengizinkanku untuk bertemu ibubapaku. Alhamdulillah. Syukran Ya Allah. Dengan segera aku bersiap-siap untuk flight aku malam itu. Dengan bantuan sahabat ayahku, aku berjaya untuk sampai ke airport sebelum jam 8. Adik-adikku pun ikut sekali. Nenekku pun sama. Setelah selesai check-in, aku terus mencium tangan nenekku. Kemudian bersalam dengan adik-adikku. Hatiku agak gundah sedikit ketika itu kerana aku bimbang takut-takut terjadi apa-apa yang tidak diingini ke atas mereka ketika mana mereka semua bukan dibawah penjagaan ibu bapaku. Sebelum ini, adikku yang bongsu jatuh motorsikal. Dikendong oleh abangnya merangkap adikku yang pertama. Habis 1 badan luka. Kasihan. Peristiwa-peristiwa itu membuatkan aku tidak senang duduk. Tetapi, apakan daya. Aku terpaksa meneruskan perjuanganku. Aku berpesan kepada adikku yang pertama supaya menjadi abang yang baik. Jaga adik-adik yang lain dengan sempurna. Dia hanya tersenyum dan menganggukkan kepala.

Kemudian aku terus masuk ke balai berlepas domestik. Di sebelah kanan balai aku itu, merupakan balai antarabangsa, yang mana sekarang ini dipenuhi oleh para jemaah. Tidak lama selepas itu, Ibuku menelefonku, dia bilang dia nampak aku. Aku terus meliarkan mataku untuk mencari ibuku. Nah! Di hujung sana! Aku terus berlari. Namun, pertemuan kami dihalang oleh satu hijab. Pertemuan kami dihijab oleh sekeping dinding kaca lutsinar yang mana diantara setiap dinding kaca itu terdapat lubang-lubang kecil. Sekadar dapat dengar suara kecil, bolehlah. Terasa bagaikan di penjara pula ketika itu. Ayahku berkata, " Tadi ayah dah pesan kat kawan ayah. Nanti bila nampak ayah keluar dari gate international ni, (nama) keluar la sekejap. Takpe. Kita jumpa kat situ" Aku menganggukkan kepala tanda setuju. Aku terus menunggu di pintu keluar balai domestik. Membilang masa kapan ibu bapaku akan lalu di hadapanku. Kemudian kelihatan seorang jejaka berbaju hijau keluar dari pintu itu dan memanggilku. Dia berkata "cepat-cepat, pergi jumpa ayah kat sana" Aku terus berlari keluar dari balai itu dan memeluk kedua ibu bapaku dengan penuh erat sambil dilihat oleh ramai manusia ketika itu. Mungkin situasi ketika itu agak memalukan tetapi aku tidak menghiraukan sedikit pun hal itu ketika itu. Aku bersyukur kerana sempat berjumpa orang tuaku sebelum mereka dijemput untuk ke Baitullah. Aku dapat melihat linangan air mata di bawah kelopak mata ibuku. Mungkin tanda syukur kerana sempat untuk berjumpa dengan ku. Yelah. Bukan semua orang yang pergi Haji itu akan kembali semula ke tanah air. Ibuku berpesan "Doakan ummi sihat kat sana. Moga-moga ibadat yang ummi buat ni dapat dilalukan dengan sempurna. Selau-selalu la call adik-adik. tanya khabar. k?" "Ya. Baik ummi. kirimkan salam (nama) kepada Rasulullah nanti ye" kemudian aku melepaskan kedua ibu bapaku dengan penuh kepuasan. Puas kerana sempat bertemu mereka sebelum mereka pergi menuju Allah. Kemudian aku masuk kembali ke dalam balai domestik. Menunggu giliran flightku dipanggil. Aku sempat melihat pesawat B747 yang dinaiki orang tuaku berlepas. Lantas hatiku berucap," Ya Allah, sihat sejahterakanlah kedua ibu bapaku selama mana mereka bereda di sana. Lindungilah mereka. Peliharakanlah mereka. Sesungguhnya mereka benar-benar ingin menujuMu. Bukakanlah mereka pintu ketaqwaan supaya mereka terus tunduk dan akur akan perintahMu. amiiin" Selamat tinggal Ummi. Selamat tinggal Ayah.

Pilihlah Jodoh yang Baik ^_^


Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.

Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.
Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama.

Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.

Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona Dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.

Fikir betul-betul. Solat istikharah Dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu Ada sandaran ilmu dan petunjuk.

Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.

Antara yang menarik tulisan berikut:

Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga. Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang Ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT Dan JELAS.

Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

Apa Tujuan Berumahtangga?

"Begin with the end in mind", adalah slogan Kita untuk menepatkan matlamat kehidupan Dan segenap peringkat perjalanannya.

Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.

Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.
Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.

Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku" Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.

Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?
Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu Dan murni, lantas setiap mukallaf Dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.

Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan. Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.
Cinta itu dari Mata turun ke hati. Maka Mata pemutus pertama.

Jika berkenan di Mata, mudahlah Mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?

Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.

Mahu berkahwin sementara cantik, Dan buang selepas cantik Dan kacak bergaya itu dimamah usia? Cantik bukan sumber bahagia, IA bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

"Maka pilihlah yang memiliki agama... Nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.

Benar sekali, pilihlah yang beragama.
"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.

Penyakit "Tidak Jelas"

Setelah begitu tepat sekali Kita menolak harta, keturunan Dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah Kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz? Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?

Di sinilah penting untuk Kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama Dan MAMPU dalam beragama.

Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, IA bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud Kita beragama dengan agama Islam ini?

Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal Dan perisai generasi Muslim dalam beragama?

"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, Dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU Dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.

Dia juga mungkin seorang jurutera Dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing Dan diajar. Seorang yang 'teachable".

Hanya 'Beragama'?
Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan Kita. Soal harta, keturunan Dan rupa paras tidak punya sebarang makna.

Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama Dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta.
Dia boros Dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.

Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri.
Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama.

Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.

Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama. Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.

Thursday, October 21, 2010

Khadijah al-Khuwailid Isteri Terbaik

Siapakah wanita pertama yang beriman pada saat semua orang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W?
Siapakah wanita yang sanggup mendermakan seluruh hartanya pada saat semua orang enggan memberinya?
Siapakah wanita yang bijak meneguhkan hati seorang suami pada saat semua orang membencinya?
Semua jawapan ini terhimpun pada Khadijah al-Khuwailid. Terangkat kemuliaannya sebagai murabbiah paling terang daripada segenap gugusan bintang. ^_^

Profil Khadijah
Beliau juga terknal sebagai Ummu al-Qasim binti Khuwailid bin Asad bin Abdul 'Uzza bin Qushai bin Kilab, lahir di Umm al-Qura (Makkah) sekitar 15 tahun sebelum Tahun Gajah. Beliau berketurunan suku Quraisy daripada keluarga Bani Asad.
Menurut al-Zubair bin Bakkar, sejak zaman jahiliah, beliau dikalungkan gelaran al-Tahirah (wanita suci) oleh masyarakat setempat. Ini disebabkan oleh sifatnya yang sukakan kebersihan dan kesucian. Ibunya bernama Fatimah binti Za'idah al-'Amiriyah.
Belaiu merupakan seorang usahawan wanita yang terkemuka, sangat berjaya dalam bidang perniagaan. Satu kafilah dagang Khadijah yang dihantar ke Syria menyamai dengan konsortium beberapa kafilah dagang Quraisy.
Sebelum dimahkotakan darjat sebagai Ummu al-Mukminin yang pertama, Khadijah telah beberapa kali menikah. Suami pertamanya ialah Abu Halah bin Zurarah al-Tamimi.
Setelah kematian suaminya, beliau bernikah dengan 'Atiq bin 'Abid bin Abdullah bi Umar bin Makhzum. Namun perkahwinan itu tidak kekal. Ramai pembesar Quraisy yang melamar Khadijah namun ditolak kesemua selepas itu.
Pemuda yang berjaya menambat hatinya ialah Muhammad bin Abdullah yang ketika itu baru berusia 25 tahun. Lebih muda 15 tahun daripada usianya. Hiduplah beliau di sisi Muhammad sebagai tauladan isteri paling solehah sepanjang zaman.

Khadijah di Hati Nabi
Khadijah merupakan isteri kesayangan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau dimuliakan suami ketika hidup dan sesudah wafat. Pengorbanan beliau sentiasa dikenang dan menjadi ingatan abadi. Pujian yang sentiasa meniti di bibir Nabi terhadap insan bernama Khadijah r.ha. mengundang kecemburuan Aisyah r.ha., biarpun pada saat itu Khadijah r.ha. sudah pun wafat.
Aisyah berkata, "Saya tidak pernah cemburu kepada seorang wanita seperti kecemburuanku kepada Khadijah kerana Rasulullah sering menyebut-nyebut namanya..." (Muttafaq 'alaih)
Aisyah melanjutkan cerita, "Jika Rasulullah S.A.W menyembelih kambing, maka Baginda berkata, 'Bahagikan kepada teman-teman Khadijah.' Saya pernah membuat Rasulullah marah apabila berkata, 'Lagi-lagi Khadijah!' Baginda berkata' 'Sesungguhnya saya amat mencintainya.' (Muttafaq 'alaih)

Ibu yang Barakah
Khadijah melahirkan keurunan bagi Nabi. Permata hati mereka seramai enam orang iaitu dua lelaki dan empat perempuan. Mereka ialah al-Qasim, Abdullah, Fatimah, Ummu Khultum, Zainab, dan Ruqayyah. (Al-Baihaqi, Dala'il al Nubuwwah, hlm.70)
Beliau tabah menerima takdir apabila semua puteranya dijemput menghadap Allah ketika masih kecil. Keberkatannya terserlah apabila dipilih oleh Allah S.W.T untuk melahirkan penghulu wanita di syurga iaitu Fatimah binti Muhammad.

Kematangan Khadijah

1. Matang Memilih Pasangan Hidup
Beliau menolak sekian banyak lamaran tokoh-tokoh Quraisy kerana dapat menduga ketertarikan mereka lebih kerana tamkkan harta Khadijah. Wanita yang matang menilai ini menemui keluhuran akhlak pada peribadi Nabi yang amanah menguruskan hartanya, bukannya diperhambakan oleh harta. Peribadi Rasulullah S.A.W. diridik melalui hamba lelakinya, Maisarah.
Hasrat hati lalu diungkapkanmelalui sahabat karibnya, Nafisah bini Munabbih. Beliau tidak mengungkapkannya sendiri kerana ingin menjaga martabat malu seorang wanita. Rasulullah S.A.W. menerima hasrat itu dengan lapang dada. Lalu, disampaikan keinginannya menikahi Khadijah kepada bapa-bapa saudaranya. Maka, Abu Talib, Hamzah dan bapa-bapa saudara Nabi yang lain menemui bapa saudara Khadijah, 'Amr bin Asad untuk meminang Khadiah bagi pihak Muhammad.
Walaupun menikahi seorang lelaki miskin bernama Muhammad, Khadijah bahkan terasa makin kaya. Kaya harta dan ditambah kaya jiwa. Kekayaan budi pekerti Muhammad menambahkan kekayaan hidupnya. Apatah lagi, Muhammad sangat cekap berniaga, amanah dan datang daripada keturunan terhormat.

2. Segera Menyahut Kebenaran
Pada suatu hari, Rasulullah S.AW. pulang ke rumah setelah diajar Jibrail cara mengerjakan solat. Rasulullah S.A.W. pulang dan mengkhabarkan kepada Khadijah. Khadijah pun segera minta diajar dengan berkata, "Tunjukkan kepada dinda apa yang ditunjukkan Jibrail kepada kanda."
Rasulullah S.A.W. lantas mengajarnya berwuduk dan solat. Kemudian, mereka solat bersama-sama. Setelah solat, Khadijah bersaksi atas kerasulannya. Al-Hafiz Ibn Hajar berkata dalam kitab al-Isabah, "Riwayat ini merupakan bukti paling jelas tentang keislaman Khadijah."
Saat itu, solat lima waktu belum diwajibkan. Solat yang diajar Jibrail hanyalah solat dua rakaat pada waktu pagi dan solat dua rakaat pada waktu malam.

3. Menghormati Ibu Susuan Nabi
Khadijah dengan senang hati bersama-sama suaminya membawa Ummu Aiman, ibu susuan Nabi ke rumahnya selpas pernikahan mereka. Ummu Aiman yang berjasa itu dimuliakan seperti memuliakan ibu kandungnya sendiri. Bukan itu sahaja, ketika Halimah al-Sa'adiah datang mengadu kepada Nabi tentang penderitaan kemiskinan di Kampung Bani Saad, Khadijah bermurah hati menghadiahkan 40 ekor kambing dan seekor unta untuk membawa air dan bekalan yang cukup. Beliau sedar, suaminya membesar dalam pelukan Halimah. Kampung Bani Saad itu pula penuh nostalgia semasa hari-hari kecil suaminya. Itulah cara Kadijah memuliakannya.

4. Peka Membaca Apa yang Disukai Nabi
Khadijah tahu bahawa Nabi S.AW. amat menyukai hambanya, Zaid bin Harithah. Tanpa berlengah lagi, beliau menghadiahkan hambanya itu kepada suami tercinta. Zaid lalu dimuliakan Nabi menjadi anak angkatnya dengan gelaran Zaid bin Muhammad sebelum larangan tersebut disyariatkan.

5. Menenangkan Suami yang Ketakutan
Dalam peristiwa agung penurunan wahyu pertama di Gua Hira', prosesnya amat berat dan melelahkan. Gema suara Jibrail yang menyeru " Bacalah!" terasa amat menggerunkan. Rasulullah S.A.W. pulang dalam keadaan ketakutan.
"Selimuti daku! Selimuti daku!" pinta Rasulullah tatkala disambut isterinya.
Setelah itu, Rsululah berkongsi ketakutannya dengan isteri tercinta. Dengan lembut bicara dan tenang wajahnya, Khadijah menghiburkan, " Jangan khuatir. Berbahagialah, sesungguhnya Allah tidak mungkin akan menghinakanda dengan kejadian itu. Selama ini kanda sering menyambung silaturahim, jujur dalam berbicara, meringankan beban orang yang susah, membantu orang yang lemah, menghormati tamu serta mendukung setiap kebenaran." (Riwayat Muslim)
Beliau dengan bijaksana membawa suaminya berjumpa Waraqah bin Naufal yang alim. Ia makin meneguhkan keyakinan suaminya.

6. Orang Pertama Memeluk Islam
Imam 'Izzuddin bin al-Athir r.hm berkata: "Khadijah adalah manusia pertama yang memeluk Islam." (Usud al-Ghabah, hlm.78) Dialah peneguh dakwah Nabi S.A.W. Mengorbankan seluruh kekayaannyademi agama yang diimani. Saat orang Islam ditindas, didera dan dipulaukan, beliau ttap di belakang suami, seorang Nabi.

Tahun Kedukaan
Apabila dakwah Islam memecah tahun kesepuluh dan mengalami pelbagai peristiwa besar, Rasulullah S.A.W. mengalami ujian getir apabila Allah menjemput kekasih hatinya. Dialah Khadijah yang teguh berdiri di belakangnya selama ini. Hati bertambah pilu apabila kematian Khadijah disusuli kematian Abu Talib yang turut banyak membantu dakwah Baginda. Hinggakan tahun itu diisytiharkan sebagai "Tahun Kedukaan".

Allah berkirim Salam
Inilah peribadi Khadijah yang menerima salam daripada Allah S.W.T. Abu Hurairah menyatakan bahawa Jibrail datang kepada Nabi S.A.W. sambil berkata: "Wahai Rasulullah, Khadijah sedang berjalan ke mari. Dia membawa bekas yang berisi kuah, makanan dan minuman. Jika dia sampai kepadamu, maka katakanlah bahawa Tuhan-Nya dan aku berkirim salam kepadanya. Dan sampaikanlah khabar gembira kepadanya bahawa dia akan mendapat sebuah rumah di syurga yang diperbuat daripada buluh, yang tidak risik ( bising atau riuh) dan tidak melelahkan." (Muttafaq 'alaih) Fatimah pernah bertanya ayhnya tentang hal itu: "Adakah buluh yang berada di sekitar ini?" Rasulullah menjawab: "Tidak. Melainkan buluh yang bertatahkan intan, mutiara dan berlian."

Wallahualam... ^_^

Thursday, October 14, 2010

Sandaran Cinta



Pilihanku..

Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..

Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..

Takut jika diwarnai kegelapan..

Kita buta hilang arah..


Pilihanku..

Bukannya pada manis tutur kata bermadah..

Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..

Andainya suara dikaburi fitnah,

Kita rebah tiada bermaya..


Pilihanku..

Bukan pada banyaknya harta dunia,

Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..

Bimbang kemewahan membawa leka..

Menghilangkan cinta kita padaNya..

Lalu dimanakah bahagia?


Pilihanku itu..

seorang yang buta..

Buta menilai paras rupa..

Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..

Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..

Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia..


Pilihanku itu..

Seorang yang bisu..

Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..

Kerana harapan disandarkan pada Illahi..

Pendiriannya menusuk nurani hawa..

Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba..


Pilihanku itu..

Seorang yang papa dan hina...

Papa dengan takbur yang mengubur ..

Hina kerana sederhana..

Iman memujuk jiwanya..

Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..

Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..


Pilihan kami..

Pada agama yang memelihara..

Pada Syahadah yang mengiringi..

Pada Alquran yang membimbing..


Biar..

Cinta kami pada maha Menyintai..

Kerana janjiNya yang pasti..

Cinta kami pada kekasih Illahi..

kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki..

Kasih isteri pada cinta yang diberi..

Biarlah sampai ke akhirat nanti...

kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..

Bukan cuma kekasih duniawi..

Tapi teman menuju syurgawi..


'Ramai yang mencari cinta tetapi tertipu olehnya, Ramai yang kecewa kerana cinta dan putus asa pada rahmat-Nya,

Ramai yang membenci cinta dan membenci nyawanya.'


Cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada batasnya. Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan. Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta pada Pencipta. Apabila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak menyedarkan daripada kelekaan. Hati kita yang lemah, sentiasa digodai nafsu, sebab itu kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah SWT.Adanya iman..apapun cabaran kita tetap mara ke hadapan. InsyaAllah.”

Friday, October 8, 2010

Keaslian Al-Quran



Assalamualaikum w.b.t

Ape khabar sahabatku para pemburu cinta Islam sekalian? Syawal yg mulia telah pn meninggalkan jasad kita, menandakan kelebihan puasa sunat 6 syawal telah pn berakhir. Ahlan Wasahlan Zulkaedah! ^_^ Jd, InsyaAllah, d kesempatan yg diizinkan Allah ini, ingin sekali jari jemari ini menaip sdikit kalam, yg mana bley dijadikan ilmu serta peringatan buat sahabat2 umat akhir zaman. Ilmu yg ana ingin sampaikan ni, Alhamdulillah diperoleh dr Allah melalui seorang penceramah yg bernama Lim Jooi Soon. Mesti sahabat2 hairan apabila ana menyebut nama seorang insan yg berbangsa cina ni kn? Lim Jooi Soon adalah seorang lelaki yg dipilih oleh Allah utk menerima cahaya petunjuk yakni hidayah. Sebelum memeluk agama Islam, beliau pernah menganut agama Buddha n Kristian. Sejurus mengenali Islam, beliau mula mengkaji dgn lebih mendalam mengenai Al-Quran dan sekarang, beliau sedang dalam usaha utk belajar dan membuat penyelidikan mengenai perbandingan antara agama2 yg wujud d atas muka bumi Allah ini. Lidahnya lancar menyebut nama2 surah serta nombor ayt yg beliau ingin jadikan dalil dalam ceramahnya. Subhanallah! Jarang dpt kita lihat manusia selain melayu Islam, yg dpt berhujah tentang Islam. Itulah tandanya agama Allah ini syumul. Islam diturunkan utk seluruh umat d dunia ini. Allahuakbar!

Ceramah yg beliau sampaikan ialah mengenai keaslian Al-Quran. Al-Quran ini diturunkan oleh Allah dalam pelbagai bentuk dan cara bermula dari 17hb. Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah. Tempoh Al-Quran diturunkan ialah 22 tahun, 22 bulan n 22 hari. MasyaAllah, sgt cantik pengurusan Allah. Kalam2 Al-Quran diturunkan terus kpd Rasulullah melalui malaikat Jibrail n segera disampaikan kepada para sahabat utk dicatat dalam bentuk 'suquf' yakni ditulis pada kulit2 binatang, pelepah2 tamar, batu batuan n sbagainya. Kemudian, Al-Quran ini dihafaz sendiri oleh para sahabat n shingga ketika itu, ramai hafiz dilahirkan. Pada bulan Ramadhan tahun 2 hijriah, peperangan pertama umat Islam tercetus. Peperangan yg dinamakan Badar ini diketuai oleh Rasulullah n hanya dianggotai oleh 313 org tentera Islam yg mana mereka berdepan dgn sejumlah 1000 tentera pihak lawan. Berbekalkan iman dan taqwa, Islam tetap menjulang panjiNya n dgn izin Allah, mereka menang. Namun begitu, perang badar ini telah mengorbankan ramai para hafiz. Justeru, para sahabat bersepakat utk mengumpul catatan Al-Quran n membukukannya dalam bentuk mashaf.

Lim Jooi Soon berkata dalam ceramahnya bahawa d akhir zaman ini, ramai sekali yg ingin menghancurkan serta melenyapkan Al-Quran. Nauzubillahi min zalik. Mereka menafikan bahawa Al-Quran itu dikarang sendiri oleh Allah S.W.T. Mereka cuba memutar belitkan fakta bahawa Al-Quran ini sbenarnya dikarang oleh tangan2 manusia. Ada juga yg menyatakan bahawa Rasulullah sendiri yg mengarang Al-Quran. Bgaimana mungkin insan mulia yg bergelar 'ummi'(tak dpt membaca n menulis) dpt menulis Al-Quran. Ditambah lagi oleh org kafir yg menyatakan Rasulullah seorang yg pembohong krn menafikan dirinya sendir yg mengarang Al-Quran. Bagaimana mungkin Rasulullah berbohong sdgkan baginda digelar sbg 'Al-Ameen' sejak dr kecil lagi. Baginda tak pernah berbohong! Ini menunjukkan bahawa keaslian Al-Quran itu terpelihara n pengarang yg sbenar adalah tak lain n tak bkn, Allah S.W.T. Baiklah, mari kita bandingkan kitab Al-Quran serta kitab2 lain yg wujud d dunia ini. Perbezaan yg ketara yg dapat kita ketahui ialah, Al-Quran terpelihara dr segi hafazan n kitab2 lain hanyalah terpelihara dr segi lisan. Apakah maksud terpelihara dr segi lisan? Cuba sahabat2 bayangkan 1 permaianan atau game, yg memerlukan sesorang menyampaikan berita kpd sahabat2 yg lain. Sebagai contoh, A membaca 1 artikel pendek, kemudian diceritakan artikel yg dibacanya itu kpd shabat bernama B. Sahabat B pn menambah garam dalam ceritanya n kemudian diceritakan kpd sahabat bernama C. Kemudian C menambah gula dlm ceritanya dan terus diceritakan kepada sahabt D. Sahabat D tiba2 berminat utk menambah sos tiram dalam ceritanya n diceritakan pula kepada sahabat E dan begitulah seterusnya kpd sahabat yg bernama Z. Kemudian sahabat yg bernama Z ini menceritakan balik apa yg diperolehnya kpd sahabt A. Sudah pasti sahabat yg bernama A ni akan mengeleng2kan kepala n menyatakan bahawa maklumat yg dia dengar itu langsung tak sama dgn maklumat yg terkandung dalam artikel itu. Begitulah yg berlaku terhadap kitab2 lain yg wujud d ats muka bumi ni. Berbeza dgn Al-Quran yg sering dihafaz oleh umat Islam yg mana kalam2 yg terkandung dlm Al-Quran itu sentiasa tersemat dlm hati sanubari mereka.

1 peristiwa yg berlaku baru2 ini di salah sebuah gereja di California, paderi2 becadang utk membakar Al-Quran. Bkn sekadar itu, mereka membuat banner2 khas yg terpampang ayt "to the devils Al-Quran returns". Astaghfirullahalazim. Sangat berani mereka menyatakan Al-Quran itu dikarang oleh syaitan. Bagaimana mungkin Al-Quran itu dikarang oleh syaitan sedangkan banyak sekali ayat2 d dalam Al-Quran yg menghina dan mencaci syaitan serta ketuanya iblis. Sebagai contoh dalam Surah Yasin, ada dinyatakan bahawa "syaitan itu adalah musuh bagimu yg nyata". Mana mungkin syaitan menghina diri mereka sendiri. Selain tu, setiap kali kita mulakan bacaan Al-Quran, mesti kita akan menyebut, "A'uzubillahi minassyaito nirrajim" yg bermaksud, ak meminta perlindugan darimu Ya Allah daripda syaitan2 yg direjam!!! Ianya benar2 terbukti bahawa bkn syaitan yg mengarang Al-Quran tetapi Allah!

Begitulah sahabat2 yg dirahmati Allah. Al-Quran ini sgt lah indah. Kalam2nya dialunkan dgn berbagai irama yg sgt merdu yg mana iramanya tidak boleh ditandingi oleh mana2 irama muzik di dunia ni. Sungguh hebat Al-Quran ini sehinggakan ada yg membacanya sampai menangis dan ada yg membacanya sampai pengsan kerana hati mereka bergetar tanda takut pada Allah. Marilah sama2 kita memantapkan tahap keimanan kita terhadap Al-Quran. Jadikanlah Al-Quran sbg sahabat karib antum semua. InsyaAllah ^_^

"Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )"

Sunday, October 3, 2010

Lima Kisah Aneh



Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Halwa Telinga