Saturday, October 2, 2010

Tangisan seorang wanita, bertemu Rasulullah dalam mimpi


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^
Cerita ini dibawa oleh ummi yakni ibuku.. trima kasih ummi kerana menceritakan kisah ini padaku ;)


Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. .. Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah
di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”

Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakanbetapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..” Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W… banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam.. ^_^
Jadi sahabat2, pesanan utk kalian serta diri sy sendiri,, "orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran dari kisah ini." =)

Wednesday, September 29, 2010

semua org tau solat adlh tiang agama..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Merujuk perkara d ats.. (skema2) semua org tau yg solat tu adlh tiang agama.. bley dikatakan 90% muslim yg tau atau plg kurang pernah mendengar seseorng menyebut "Solat adalah Tiang Agama".. tp kwn2.. cuba kita observe diri kita.. adakah solat kita ini sempurna.. adakah solat kita ini btol2 dijaga? adakah solat kita ini ikhlas krn Allah.. ^_^ .. n knp solat itu sgt2 dititik beratkn dlm Islam sehinggakn ia d'ibaratkn sbg tiang agama.. cuba bygkn seorang kontraktor ingin membina sebuah rumah yg dilengkapi dgn atap yg mhl.. dinding yg berkualiti tinggi.. lantai yg kuat n kukuh...taaaaapi tanpa tiang.. sudah pasti xde sape nk beli rumah 2.. sbb semua org tau yg rumah perlukn tiang utk support atap, siling, dinding n sbgainya.. klau xde tiang, runtuh laa rumah 2.. 2 bru rumah.. cuba bygkn nk buat kondominium.. perggh.. xaw r cmne nk ckp.. contoh laen, yg paaaling dkt ngn kte.. iaitu diri kita sendri.. human body d'support oleh tulang belakang yg membolehkn seseorng 2 utk berdiri tegak n berada dlm posisi yg baik.. kalau lah Allah hilangkn nikmat tulang blakang 2, agk2 cmne la mnusia ni berjalan.. semua jd cm cacing.. nk berdiri xley.. n solat, apetah lg.. begitu jge dgn Islam shbt2... agama Islam d'support oleh 1 tiang.. yg mne tiang itu adalah solat...

Apa itu Solat?
Solat beerti doa n menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yg d'dahului dgn takbir dan d'akhiri dgn salam berserta syarat2 tertentu. Solat wajib d'laksanakn oleh semua umat Islam yg dh akir baligh. abistu yg x akhir baligh lg lak cmne?? yg x akhir baligh pn kna la amalkn solat.. Rasulullah pernah bersabda yg bermaksud, "suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila berusia 7 tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya bila berumur 10 tahun dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur"Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al-Hakim... (budak2 pn kna solat gak taw.. nnt kna rotan) Solat ni bley d'ibaratkn sbg medium utk kte berhubung dgn pencipta kita.. tym solat ni lah kita berbicara2 dgn Allah, kita merapatkn lg hati kita dgn Allah, kita menundukkn diri kita pd Allah n kita berkasih syg dgn Allah.. n cmne plak pemakaian kita utk solat?? haa.. ni pnting kwn2.. pakaian kte mestilah bersih.. suci dr sgale najis.. kalau kita bley berpakaian kemas utk pergi ke kelas, atau utk jumpa seseorng yg berstatus tnggi, knp tdak kte berpakaian kemas utk bertemu dgn pencipta kita? sbg contohlah.. rakyat nk p jumpe sultan.. bkn maen lg berpakain kemas.. cyap beli bju bru lg nk p menghadap sultan.. :) bkn 2 je.. kna beradab sopan palk tym menghadap sultan.. sng cite mcm2 protokol lah yg perlu kte ikut kalau nk p menghadap sultan.. begitu jge klau kte nk menghadap Allah.. haruslah kemas.. bersih.. n beradab.. sy yakin bnda ni sume kte da blaja da kt skolah dlu2.. sje je sy nk gtaw blik. mne la tau da terlupe ke.. Ada beberapa bnda yg kte perlu ambil berat lam solat.. terutamanya kalau solat berjemaah, kna la jge saf.. mesti lurus n rapat.. ad 1 kisah d zmn Rasulullah.. d mana waktu 2 tentera Islam tewas dlm 1 peperangn.. Rasulullah berasa hairan knp tenteranya tewas sdgkn dye yakin yg tentera Islam bley mng utk peperangn 2.. lps 2, baginda utuskn seorang wakil utk pergi check ape mslh tentera2 Islam ni.. apabila wakil ni p check, dye tgk sbahagian tentera2 Islam ni, 1st x bersugi sbelum solat.. 2nd, sewaktu solat berjemaah, saf ketika solat x rapat n lurus.. kemudian, Rasulullah menyeru supaya semua tentera2nya perbaiki kesalahn2 mereka.. lps 2, bila tentera2 Islam perg berperang skali lg, mereka sume menang... cm2lah.. d'pendekkan cerita, Jikalau kita sentiasa ingat, patuh n beradab dgn Allah, maka Allah juga akn sntiasa mengingati n menolong kita... ^_^

Hukum org yg meninggalkn Solat
  • Orang yg meninggalkan solat bley mendedahkn diri kpd kekufuran krn mengingkari perintah Allah.
  • Orang yg mengingkari kewajipan solat adalah kufur kecuali dia baru menganut agama Islam sdgkn dia belum mengetahui hukum wajibnya.
  • Bagi yg meninggalkn solat ats alasan malas atau segan ttp mengakui kewajipan solat itu, ad 2 pendapat mengenai hal ni:
  • Menurut Abu Hanifah : x menjadi kafir ttp bley d'kenakn hukum takzir serta dipenjarakn sehingga dia kembali solat. Orang yg meninggalkn solat ni termasuk dlm golong yg berdosa.
  • Menurut Saidina Ali dan Imam Ahmad Hambal : Orang yg meninggalkn solatnya dgn sengaja hukumnya kafir krn mengingkari perintah Allah.
  • Konklusinya, orang yg meninggalkn solat ats dasar malas atau sengaja adlah fasik, krn telah melakukn dosa besar iaitu mengabaikan salah satu drpd rukun Islam.
so, ape lg.. ayuh kita betulkn niat.. laraskn iltizam n tetapkn hati kita, utk improve our solat.. Solatlah tmpt utk kita mencari kekuatan, keyakinan n ketakwaan... Let's love Allah more than others..

Hadis Rasulullah S.A.W : solat itu tiang agama. sesiapa yg mengerjakannya, dia akn menegakkn agamanya. sesiapa yg meninggalkannya, dia akn meruntuhkan agamanya. (Riwayat Baihaqi)

Wallahualam

Monday, September 20, 2010

Salam Lebaran ^_^

slmt ari raye shbt2.. maaf zhir batin.. maaflah kalau slame ni sAlign Centery ad wat slh ngn shbt2 sumee.. maklumlah, manusia slalu melakukn kesilapan.. n x pernah terpisah drnya.. (cm adek bradek) mntak maap bnyk2 yep.. sdey kn? ramadhan daa jauh tngglkn kte. moga2 dpt lg bertemu pd taon dpn.. miss u RAMADHAN!! T___________T so, lam bulan syawal yg mulia ni, marilah same2 kte mencari kelebihan dgn melaksanakn puasa 6 syawal.. hebat ganjarannye shbt2.. sgt2 hebat.. brng siape yg melaksanakn puasa 6 d buln syawal, dye bagaikn berpuasa slame setaon.. yakni 365 hari.. btol x 365 hari? ke 356? lupe la plak.. haha.. maaf2.. tp cm2lah.. dr mne lg kte nk dpt gnjrn yg sehbat 2.. rebutlah peluang ni.. n yg pnting, laksanakn dgn ikhlas berserta hati yg suci ^_^.. kayh? insyaAllah, Allah akn mengotakn janjiNya dgn mengahdiahkn gnjrn bagaikn berpuasa selame setaon 2.. amiiiiiin..

chingu chingu yg sy kasihi skalian.... :)
sbg seorng manusia yg sntiasa pelupa, n lemah d sisi Ilahi, dgn rndh dr, sy nk mohon bantuan n panduan dr shbt2 supaye tegurlah sgale slh n silap sy.. x rugi pn shbt2 tegur sy.. kerana manusia ini mudah utk berubah.. kdg2 elok, kdg2 kurang plak.jd dgn bantuan nasihat dr shbt2, sy ase insyAllah, sdikit sbnyk2 dpt membantu dr sy utk memperbaiki sgale kelemahan yg ad.. ad 1 kisah yg digambarkn oleh Rasulullah.. baginda berkata, ad 2 org shbt baik sdg meniti d siratul mustaqim.. (sy x ingt ape nme 2 org shbt 2.. sorry sgt2.. insyaAllah klu jumpe, gtaw blik) shbt yg pertame ni start meniti.. n tiba d prtghn jln, dgn kuasa Allah, dye terjatuh k dlm nerake jhnm.. kemudian, shbt yg kedua ni start meniti.. perjalannye agk baik... dh hampir2 dh nk jejakkn kaki ke dlm syurga.. kemudian, shbt yg pertame td menjert dr dlm neraka.. dye berkata " Ya Allah, ketika ak hidup dahulu, shbt ak ni x tegur ak utk berubah.. dye hnya membiarkn ak melakukn maksiat sdgkn dye melihat perbuatn2ku itu.." kemudian shbt2, shbt yg pertame ni melempar tali dr neraka 2.. shbt yg kedua td terpaksa memegang tali yg dilempar oleh shbt dye 2.. n masuklah dye skali ke dlm neraka Allah 2.. nauzubillah.. cm2 lah shbt2..betape pentingnye kte utk menegur shbt2 kte yg laen utk berubah ke arah yg baik.. ke arah utk menepati syariat2 Allah.. ke arah menepati hukum hakam Allah.. so, lps ni, klu kte sume ad wat clap, tegur2lah ye.. x ruginye.. utk kebaikn bersame... kayh..

so sy ase stakat 2 je lah utk kali ni.. lme dh x update blog ni.. (sbb xde org nk bce da pn.. haha) tp xpelah.. sgali hayat d kandung bdn,,,, slagi jantung berdegup menyedut oksigen,,,, slagi drh mengalir mengelilingi anggota bdn,,, slagi 2 lah sy akn cuba utk menasihati diri sy n juge shbt2 sume.. insyaAllah.. wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. slamat hari raye! ^_^

Monday, July 19, 2010

Ampunkn aku...


Ku menatap dalam gelap,
tiada yang bisa kulihat

selain hanya nama-Mu,

ya Allah

Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari

segala fitnah
Kau tempatku meminta,

kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya

hambamu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah,

yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan

karuniamu dalam sunyinya aku bersujud

Hari demi Hari

Assalamualaikum!!! ^_^


pekaba sume? sihat? tgh watpe? haha.. rindu btol kt kengkawan sume.. kdg2 sdey jgak ble teringt zaman kecik2, zaman2 skola rendh dulu.. rase cm nk pnjm mesin cahaya mase doraemon nk putar balik masa.. kui3.. tp sume itu dh berlalu.. sume tu dh menjadi sjearah dlm hidup.. saat2 manis, gembira, seronok btol..hrmmm... ad ungkapan yg berbunyi, yesterday is history, today is a gift, tomorrow is mystery... sume tu berlaku secare x lngsung dlm kehidupn setiap manusia.. (sronoknye jd budak kecik.. haha) hari ni sy nk crite satu kisah.. yg mane kisah ni berlaku di USA.. btol @ x, wallahualam.. sy cuma nk share ngn kwn2 sal kisah ni n boleh jgak kte amek sdikit sbnyk pengajran dr crite ni. crite dye mcm ni..

ad sorang wanita Islam dr Malaysia yg tgh smbung blajar kt US ni.. suatu malam 2, dye jln sorang2 menuju ke rumah dye.. setiap hari dye akn menggunakn jln yg same utk balik ke rumah dye.. tym berjalan menuju ke rumah, dye terasa cm ad org tgh follow kt blakang dye.. dye pn try la tgk2 blakang.. nk tau sape yg tgh folow dye.. dye nmpk kelibat seorang lelaki mat salleh cm nk kejar dye.. dlm keadaan yg mencurigakn, wanita Malaysia ni sgt2 nervous n berkali2 memabca ayt kursi n beberapa doa yg dye tau sg pelindung utk dirinya.. n d pertengahn jalan 2, lelaki 2 cm tbe2 lari n terus lesap... wanita ni cm pelik r.. tbe2 je mamat org putih 2 hilang... lps 2, dye pn blik jela ke rumah dye tnpa sebarang gangguan.. keesokan harinya, kluar brita yg mengejutkan wanita ni di akhbar.. seorang wanita lain dirogol di jalan yg telah dilalui oleh wanita Malaysia ni mlm smalm tym d pulang ke rumah.. n waktu wanita 2 dirogol, cuma lewat beberapa minit selepas wanita Malaysia ni tgk lelaki mat salleh 2 lesap tbe2.. dye pn rase hairan r ngn kejadian 2 n rase cm kes rogol 2 ad kaitan dgn mat salleh yg tgh follow dye smalm... dye pn pergi ke balai polis utk mengetahui maklumat kejadian 2 dgn lebih lanjut n dlm mse yg sme m'beri sdikit sbnyk maklumat yg dye tau sal llaki 2.. n smpai mase, kes rogol ni dibawa masuk ke mahkamah.. n wanita Malaysia ni pn hadir gak tym kes 2 dibicara... dye mmg yakin bahwa lelaki mat salleh yg kejar dye smalm 2, adlh org yg merogol wanita 2... melalui bebrepa fizikal yg menyerupai lelaki mat salleh yg tgh berdiri di court sbg org yg dikenal pasti merogol wanita 2.... kemudian, dye meminta izin dr pihak berkenaan utk bertnya kpd mat salleh 2 beberapa soalan.. soaln dye cmni " adakah awak yg mengekori sy smalm di jalan(sekian2) ?" mat salleh 2 jwb"ya.. sy la yg cuba kejar awk smalam" pas2, wanita ni tnye lg " knp awk x terus mengekori sy smlm n merogol sy? bukankah sy berseorngn ketika sy berjalan di kawasan tu?" mat salleh 2 jwb " x.. awk x berseorng pd waktu 2.. sy nmpk 2 org di kiri dan kanan awk tym awk berjalan di kawasn 2.. n d'sbbkn 2, sy trus melarikn diri"............

begitulah critenye.. maafla kalau drite ni agak tunggang langgang, tp cmni la lbey kurang crite yg sy tahu n dipercayai kisah ni adalah benar.. pengajran drpd crite ni ialah, Allah itu sntiasa bersama dgn kita.. dgn hnya membaca ayt kursi, Allah tlh membentuk dinding pelindung utk wanita Malaysia 2 drpd dirogol oleh mat salleh 2.. subhanallah! Maha Suci Allah.. cuma ats individu muslim 2 je sama ada percaya 100% ats kehadirann kekuasaan Allah atau pn x.. jd, di kesempatn ni, sy nk menyeru kpd kwn2 utk sntiasa mengingati Allah... walau d mana jua kita berada.. Alah sntiasa sygkn kita.. ingt 2.. ^_^





Sunday, June 27, 2010

Kembali

Assalaamualaikum~

lame dh x update blog hambe ni.. ape khabar sahabat2 d malaysia n yg oversea sane?? sihat x? huhu.. hambe akn berdoa moga2 shbt2 sume berada dlm keadaan yg baik2 insyaAllah.. berbulan-bulan tlh berlalu.. n bnyk peristiwa yg berlaku.. ad peristiwa manis.. ad peristiwa menakutkan.. ad peristiwa sedih.. ad peristiwa yg kte sendiri x pernh expect akn berlaku.. (ish, menagrut je).. n mcm 2 lah.. bnyk dugaan yg berlaku.. n dugaan2 ini sememangnya n semestinya diuji oleh Allah kpd hamba2nya.. xde sape pn yg terlepas drpd diuji olehNya..

InsyaAllah, hamba akn kluar dr Universiti Islam Antarabangsa Malaysia x lame lg.. sdey rasenye.. tp nk wat cmne.. hurmm.. kpd sahabat2 UIA, hambe ucapkn slamat tinggal.. blaja rajin2.. jgn main2 lam klas.. jgn tido lambat.. jgn tgk movie je.. jgn berboros.. huhu.. nnt result terok baru tau.. kpd sahabat2 yg x solat, tlglah, tunaikn solat.. tunaikn kewajipan kte sbg seorang muslim.. kalau kte mengaku kte Islam, knp x solat? kalau kte mengaku kte beriman, knp kte x solat? nauzubillah, kte sbenarnya x sedar yg lame2 kte tlh menghampiri kekufuran.. mahukah kte menjadi kafir laknatullah?? xnk kn? tlglah.. sahabt... hambe sygkn shbt2 sume.. huhuhu.. moga2 kte sume akn sentiasa dirahmati n diberkati oleh Allah..

Hamba kluar dr uia ni, sbb hamba dpt tawarn MAS.. bkn nk berbangga @ riak @ takabbur yep.. juz nk share ngn shbt2 sume.. supaya shbt2 tau hambe ke mane..Alhamdulillah hamba berjaya mendapat tawarn ni.. setelah menempuhi ujiannya yg agk tension sdikit.. (padahal x susah sgt pn)... n interview yg dihandle oleh engineer sendiri.. hambe respect engineer 2! ^_^ syukur ya Allah krane memberi hambe peluang utk berjinak2 dgn kpl terbang yg sememangnye impian hambe dr kecik lg.. huhu.. syukur2.. sahabt2 sume, doa2knlah ek utk kejayaan hambe.. insyAllah hambe akn doakn utk kalian sume..

Kepada sahabt2 yg baru masuk universiti, gudluck! bi taufik wannajah.. slamt menempuhi alam universiti!! kepada adik2 yg da masuk universiti, terutamanya yg masuk UIA, blaja rajin2 ye.. ramai dak SHAMS masuk UIA tahun ni.. bagus2.. smemangnya UIA adlh tempat yg agk stabil utk pelajar2 muslim.. disamping blaja, ad la jgk cket2 majlis ilmu yg adik2 bley hadiri.. ad jemaah.. kalau rajin, joinla skali yep.. utk tambahkn ilmu.. insyAllah berguna d duina n akhirat..

ok lah sahabt2.. hambe pn xaw nk ckp ape.. tp, hamba ad satu petikan dr sebuah buku, utk dikongsi bersama shbt2.. ^_^
"Orang-orang yg buta dan sabar serta redha dgn ape yg ditakdirkan kpd mereka, ia bukan sahaja disegerakn oleh Allah utk menerima balasan pahala, malah Allah SWT berfirman bahawa merekalah org yg paling awal dapat melihat Allah SWT d akhirat kelak"

wassalam (^_^)V

Sihir... Petikan dari bicaramuslim.com

Assalamu 'Alaikum wr wb


Daripada orang2 yang 'Arif, punca penyakit secara umum ada dua :

1. Disebabkan kuman dalam air atau makanan atau udara yang disedut.
2. Disebabkan kuman yang ditaburkan oleh jinn atau syaitan. (ini lebih dikenali sebagai sihir)

Tetapi wajib diyakini dan i'tiqad bahawa semua itu adalah asbab yang bukannya yang berkuasa memudaratkan. Hanya Allah yang berkuasa menjadikan penyakit atau menyembuhkannya.

Dalam pada itu kita diharuskan untuk berubat. Dan wajib berubat jika ianya memudaratkan tubuh untuk beribadah atau boleh membawa penyakit yang lebih buruk.

Sebelum mensyaki ianya perbuatan sihir, sebaiknya berubat secara biasa dengan doktor perubatan. Adakalanya penyakit gatal2 seperti ini disebabkan fungus atau sejenis kulat halus yang tidak kelihatan. Setelah berusaha perubatan cara biasa, barulah fikirkan cara traditional atau cara berubat menghalau unsur2 makhluk halus (jika ada).

Untuk menghindarkan diri dari terkena sihir :

1) Selalu amalkan Ayatul Kursi, sebelum keluar rumah dalam perjalanan dan setelah kembali kerumah. Sebelum tidur baca ayat Kursi ini sebanyak 7 kali dan tiup keliling bilik (dengan isyarat memadai). Dan mohonlah pertolongan Allah sungguh2.

2. Shaikh kami memberi petua : Jika seseorang amalkan minum air dalam pinggan setelah selesai makan. (ertinya sebaik selesai makan makanan dalam pinggan, tuang air kedalam pinggan dan minum). Insya Allah akan terhindar dari sihir santau atau seumpamanya.

Wallahu A'lam

Halwa Telinga