
Thursday, December 30, 2010
Alhamdulillah... You bring me home

Sunday, December 26, 2010
Dimakah hati kita? Read! in the name of the God who created!

Tuesday, November 30, 2010
Saat- Saat Terakhir

"Salam sejahtera dan selamat datang," demikian Nabi memulakan bicara. Semua yang ada terdiam dan mendengar dengan teliti kata-kata baginda.
"Saat perpisahan kita telah hampir," Nabi membayangkan apa yang akan terjadi. Selesai baginda berkata-kata, salah seorang bertanya: "Siapakah yang akan memandikan Nabi?"
"Yang paling dekat dari keluargaku," jawab Nabi.
"Dengan apa kami kafani?" datang pertanyaan lagi.
"Kainku ini jika kamu mahu, atau kain Mesir, ataupun Yaman," jawab Nabi.
"Siapakah yang akan menyembahyangkan Nabi?"
Belum sempat Nabi menjawab, kesedihan hati sudah merata. Tiba-tiba Abu Zar menangis kerana tidak sanggup menahan pilu di hati. Sahabat-sahabat yang lain turut menangis dan akhirnya Nabi sendiri menangis. Dalam keadaan sedu-sedan itu, Nabi meneruskan bicaranya. Baginda terus menceritakan tentang memandikan, mengafani dan menyembahyangkan. Cara-cara dan betapa harus dikerjakan telah baginda gambarkan kepada sekalian sahabat yang hadir.
"Siapa yang akan memasukkan jasad Nabi ke kubur?" bertanya sahabat.
"Keluargaku, bersama-sama dengan malaikat yang ramai, mereka meliaht kamu, tetapi kamu tidak melihat mereka." jawab Nabi S.A.W.
Suasana di tempat itu bertambah sedih, Abu Zar lebih tidak tertahan lagi lalu beliau keluar dari rumah Aisyah sesudah meminta diri. Suara Nabi menceritakan saat perpisahan itu amat menyayatkan hatinya. Kekuatan Nabi makin berkurangan dan baginda terus tinggal di rumah Aisyah. Para sahabat bersedih hati dan demikian juga penduduk Madinah yang mengetahui hal itu. Sebelum ini Nabi S.A.W. pernah dalam khutbahnya di masjid yang menggambarkan baginda akan berpisah dengan umat dan dunia ini. Sekalian yang mendengar mencucurkan air mata dan merasa pilu dan sedih dan kini suasana kesedihan sudah merata-rata di Kota Madinah. Tetapi kesedihan mereka berkurangan sedikit apabila kelihatan Nabi dipapah oleh keluarganya untuk bersolat jemaah di masjid. Baginda menyuruh Abu Bakar menjadi Imam dan baginda solat di belakangnya. Selesai bersolat terasa suasana gembira di kalangan sahabat dan mengharap kesihatan Nabi beransur pulih. Nabi kemudian menyampaikan amanat kepada yang hadir, terutamanya tentang perkara yang harus diperhatikan sepeninggalan baginda iaitu berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah. Sesudah itu baginda dipapah kembali ke rumahnya. Di rumah Aisyah keadaan baginda menjadi bertambah lemah.
Akhirnya, tanggal Isnin bersamaan 13 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah, Nabi, Rasul Allah, meninggalkan dunia ini di dalam rumah Aisyah. Terdengar suara Aisyah bercampur bingung dan sayup-sayup terdengar suara Fatimah : Abatah, Ya Abatah! ayah, oh ayahku! Kota Madinah diselubungi kesedihan yang luar biasa. Sebilangan mereka hampir tidak mahu mempercayai berita itu. Umar bin Khathab mencabut pedangnya dan mengertak untuk membunuh sesiapa yang mengatakan bahawa Nabi telah wafat. Umar seolah kebingungan tidak mahu membenarkan berita kewafatan Rasulullah S.A.W itu. Abu Bakar setelah diberitahu segera beliau datang dan terus menuju ke tempat jasad Nabi dibaringkan. Beliau melihat jasad dan wajah Nabi yang tidak bernyawa lagi. Kemudian dalam keadaan sedih mengucapkan kata-kata penuh keharuan atas wafatnya baginda Rasulullah.
"Wahai manusia! Barang siapa menyembah Muhammad, Muhammad kini sudah wafat. Tetapi barang siapa menyembah Allah, maka Allah tidak mati," demikian kata-kata Abu Bakar dan sesudah itu segera beliau keluar, dan menemui orang ramai.
Mendengar kata-kata Abu Bakar, Umar bin Khathab merasa pilu sehingga dia menangis. Yakinlah Umar atas berita kewafatan Nabi yang sangat dicintainya itu. Semua orang bergelumang dalam suasana yang sedih yang amat menusuk hati. Begitulah sahabat-sahabat. Bagaimana tingginya cinta para sahabat serta keluarga baginda terhadap baginda. Hilangnya seorang utusan Allah, bagaikan hilangnya jiwa yang sepatutnya tersemat di jasad setiap manusia. Oleh itu, soallah diri kita, sejauh mana cinta kita kepada Baginda. Jika benar kita mencintai Rasulullah, sejauh mana kita mengikut sunnah dan ajaran yang dibawa olehnya. Tepuk dada, tanyalah iman. Allahualam....
Tuesday, November 16, 2010
Jodoh di Tangan Allah ^_^

Ya Allah, seandainya engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
Ya Tuhan Maha Mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini,
ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan,
dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
berilah aku kekuatan,
melontar bayangannya jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama
dengan dirinya.
Ya Allah Ya Tuhanku,
pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
adalah yang terbaik buatku,
kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik
buat hamba-mu ini
Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku
berikanlah aku insan yang lebih baik
jika dia bukan jodohku
Ya Allah,cukuplah engkau sahaja
menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
jangan engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun diakhirat
jauhkanlah aku dari terjurus ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai
dan kurniakan kepadaku keturunan
yang soleh dan solehah
berilah kami kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat
Saturday, October 30, 2010
Air Mata buat Ibu dan Ayah
Pilihlah Jodoh yang Baik ^_^

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.
Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.
Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama.
Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona Dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah Dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu Ada sandaran ilmu dan petunjuk.
Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.
Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga. Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang Ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT Dan JELAS.
Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.
Apa Tujuan Berumahtangga?
"Begin with the end in mind", adalah slogan Kita untuk menepatkan matlamat kehidupan Dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.
Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.
Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku" Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.
Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?
Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu Dan murni, lantas setiap mukallaf Dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan. Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.
Cinta itu dari Mata turun ke hati. Maka Mata pemutus pertama.
Jika berkenan di Mata, mudahlah Mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?
Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, Dan buang selepas cantik Dan kacak bergaya itu dimamah usia? Cantik bukan sumber bahagia, IA bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
"Maka pilihlah yang memiliki agama... Nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.
Penyakit "Tidak Jelas"
Setelah begitu tepat sekali Kita menolak harta, keturunan Dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah Kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz? Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk Kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama Dan MAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, IA bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud Kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal Dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, Dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU Dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera Dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing Dan diajar. Seorang yang 'teachable".
Hanya 'Beragama'?
Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan Kita. Soal harta, keturunan Dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama Dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta.
Dia boros Dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.
Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri.
Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama.
Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.
Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..
Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama. Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.
