Sunday, June 27, 2010

Sihir... Petikan dari bicaramuslim.com

Assalamu 'Alaikum wr wb


Daripada orang2 yang 'Arif, punca penyakit secara umum ada dua :

1. Disebabkan kuman dalam air atau makanan atau udara yang disedut.
2. Disebabkan kuman yang ditaburkan oleh jinn atau syaitan. (ini lebih dikenali sebagai sihir)

Tetapi wajib diyakini dan i'tiqad bahawa semua itu adalah asbab yang bukannya yang berkuasa memudaratkan. Hanya Allah yang berkuasa menjadikan penyakit atau menyembuhkannya.

Dalam pada itu kita diharuskan untuk berubat. Dan wajib berubat jika ianya memudaratkan tubuh untuk beribadah atau boleh membawa penyakit yang lebih buruk.

Sebelum mensyaki ianya perbuatan sihir, sebaiknya berubat secara biasa dengan doktor perubatan. Adakalanya penyakit gatal2 seperti ini disebabkan fungus atau sejenis kulat halus yang tidak kelihatan. Setelah berusaha perubatan cara biasa, barulah fikirkan cara traditional atau cara berubat menghalau unsur2 makhluk halus (jika ada).

Untuk menghindarkan diri dari terkena sihir :

1) Selalu amalkan Ayatul Kursi, sebelum keluar rumah dalam perjalanan dan setelah kembali kerumah. Sebelum tidur baca ayat Kursi ini sebanyak 7 kali dan tiup keliling bilik (dengan isyarat memadai). Dan mohonlah pertolongan Allah sungguh2.

2. Shaikh kami memberi petua : Jika seseorang amalkan minum air dalam pinggan setelah selesai makan. (ertinya sebaik selesai makan makanan dalam pinggan, tuang air kedalam pinggan dan minum). Insya Allah akan terhindar dari sihir santau atau seumpamanya.

Wallahu A'lam

0 comments:

Post a Comment

Halwa Telinga