
Thursday, December 30, 2010
Alhamdulillah... You bring me home

Sunday, December 26, 2010
Dimakah hati kita? Read! in the name of the God who created!

Tuesday, November 30, 2010
Saat- Saat Terakhir

"Salam sejahtera dan selamat datang," demikian Nabi memulakan bicara. Semua yang ada terdiam dan mendengar dengan teliti kata-kata baginda.
"Saat perpisahan kita telah hampir," Nabi membayangkan apa yang akan terjadi. Selesai baginda berkata-kata, salah seorang bertanya: "Siapakah yang akan memandikan Nabi?"
"Yang paling dekat dari keluargaku," jawab Nabi.
"Dengan apa kami kafani?" datang pertanyaan lagi.
"Kainku ini jika kamu mahu, atau kain Mesir, ataupun Yaman," jawab Nabi.
"Siapakah yang akan menyembahyangkan Nabi?"
Belum sempat Nabi menjawab, kesedihan hati sudah merata. Tiba-tiba Abu Zar menangis kerana tidak sanggup menahan pilu di hati. Sahabat-sahabat yang lain turut menangis dan akhirnya Nabi sendiri menangis. Dalam keadaan sedu-sedan itu, Nabi meneruskan bicaranya. Baginda terus menceritakan tentang memandikan, mengafani dan menyembahyangkan. Cara-cara dan betapa harus dikerjakan telah baginda gambarkan kepada sekalian sahabat yang hadir.
"Siapa yang akan memasukkan jasad Nabi ke kubur?" bertanya sahabat.
"Keluargaku, bersama-sama dengan malaikat yang ramai, mereka meliaht kamu, tetapi kamu tidak melihat mereka." jawab Nabi S.A.W.
Suasana di tempat itu bertambah sedih, Abu Zar lebih tidak tertahan lagi lalu beliau keluar dari rumah Aisyah sesudah meminta diri. Suara Nabi menceritakan saat perpisahan itu amat menyayatkan hatinya. Kekuatan Nabi makin berkurangan dan baginda terus tinggal di rumah Aisyah. Para sahabat bersedih hati dan demikian juga penduduk Madinah yang mengetahui hal itu. Sebelum ini Nabi S.A.W. pernah dalam khutbahnya di masjid yang menggambarkan baginda akan berpisah dengan umat dan dunia ini. Sekalian yang mendengar mencucurkan air mata dan merasa pilu dan sedih dan kini suasana kesedihan sudah merata-rata di Kota Madinah. Tetapi kesedihan mereka berkurangan sedikit apabila kelihatan Nabi dipapah oleh keluarganya untuk bersolat jemaah di masjid. Baginda menyuruh Abu Bakar menjadi Imam dan baginda solat di belakangnya. Selesai bersolat terasa suasana gembira di kalangan sahabat dan mengharap kesihatan Nabi beransur pulih. Nabi kemudian menyampaikan amanat kepada yang hadir, terutamanya tentang perkara yang harus diperhatikan sepeninggalan baginda iaitu berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah. Sesudah itu baginda dipapah kembali ke rumahnya. Di rumah Aisyah keadaan baginda menjadi bertambah lemah.
Akhirnya, tanggal Isnin bersamaan 13 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah, Nabi, Rasul Allah, meninggalkan dunia ini di dalam rumah Aisyah. Terdengar suara Aisyah bercampur bingung dan sayup-sayup terdengar suara Fatimah : Abatah, Ya Abatah! ayah, oh ayahku! Kota Madinah diselubungi kesedihan yang luar biasa. Sebilangan mereka hampir tidak mahu mempercayai berita itu. Umar bin Khathab mencabut pedangnya dan mengertak untuk membunuh sesiapa yang mengatakan bahawa Nabi telah wafat. Umar seolah kebingungan tidak mahu membenarkan berita kewafatan Rasulullah S.A.W itu. Abu Bakar setelah diberitahu segera beliau datang dan terus menuju ke tempat jasad Nabi dibaringkan. Beliau melihat jasad dan wajah Nabi yang tidak bernyawa lagi. Kemudian dalam keadaan sedih mengucapkan kata-kata penuh keharuan atas wafatnya baginda Rasulullah.
"Wahai manusia! Barang siapa menyembah Muhammad, Muhammad kini sudah wafat. Tetapi barang siapa menyembah Allah, maka Allah tidak mati," demikian kata-kata Abu Bakar dan sesudah itu segera beliau keluar, dan menemui orang ramai.
Mendengar kata-kata Abu Bakar, Umar bin Khathab merasa pilu sehingga dia menangis. Yakinlah Umar atas berita kewafatan Nabi yang sangat dicintainya itu. Semua orang bergelumang dalam suasana yang sedih yang amat menusuk hati. Begitulah sahabat-sahabat. Bagaimana tingginya cinta para sahabat serta keluarga baginda terhadap baginda. Hilangnya seorang utusan Allah, bagaikan hilangnya jiwa yang sepatutnya tersemat di jasad setiap manusia. Oleh itu, soallah diri kita, sejauh mana cinta kita kepada Baginda. Jika benar kita mencintai Rasulullah, sejauh mana kita mengikut sunnah dan ajaran yang dibawa olehnya. Tepuk dada, tanyalah iman. Allahualam....
Tuesday, November 16, 2010
Jodoh di Tangan Allah ^_^

Ya Allah, seandainya engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
Ya Tuhan Maha Mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini,
ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan,
dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
berilah aku kekuatan,
melontar bayangannya jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama
dengan dirinya.
Ya Allah Ya Tuhanku,
pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
adalah yang terbaik buatku,
kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik
buat hamba-mu ini
Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku
berikanlah aku insan yang lebih baik
jika dia bukan jodohku
Ya Allah,cukuplah engkau sahaja
menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
jangan engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun diakhirat
jauhkanlah aku dari terjurus ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai
dan kurniakan kepadaku keturunan
yang soleh dan solehah
berilah kami kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat
Saturday, October 30, 2010
Air Mata buat Ibu dan Ayah
Pilihlah Jodoh yang Baik ^_^

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.
Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.
Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama.
Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona Dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah Dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu Ada sandaran ilmu dan petunjuk.
Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.
Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga. Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang Ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT Dan JELAS.
Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.
Apa Tujuan Berumahtangga?
"Begin with the end in mind", adalah slogan Kita untuk menepatkan matlamat kehidupan Dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.
Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.
Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku" Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.
Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?
Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu Dan murni, lantas setiap mukallaf Dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan. Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.
Cinta itu dari Mata turun ke hati. Maka Mata pemutus pertama.
Jika berkenan di Mata, mudahlah Mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?
Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, Dan buang selepas cantik Dan kacak bergaya itu dimamah usia? Cantik bukan sumber bahagia, IA bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
"Maka pilihlah yang memiliki agama... Nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.
Penyakit "Tidak Jelas"
Setelah begitu tepat sekali Kita menolak harta, keturunan Dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah Kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz? Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk Kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama Dan MAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, IA bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud Kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal Dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, Dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU Dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera Dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing Dan diajar. Seorang yang 'teachable".
Hanya 'Beragama'?
Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan Kita. Soal harta, keturunan Dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama Dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta.
Dia boros Dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.
Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri.
Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama.
Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.
Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..
Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama. Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.
Thursday, October 21, 2010
Khadijah al-Khuwailid Isteri Terbaik
Thursday, October 14, 2010
Sandaran Cinta

Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..
Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..
Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?
Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia..
Pilihanku itu..
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba..
Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur ..
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..
Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara..
Pada Syahadah yang mengiringi..
Pada Alquran yang membimbing..
Biar..
Cinta kami pada maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti..
Cinta kami pada kekasih Illahi..
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki..
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..
'Ramai yang mencari cinta tetapi tertipu olehnya, Ramai yang kecewa kerana cinta dan putus asa pada rahmat-Nya,
Ramai yang membenci cinta dan membenci nyawanya.'
Cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada batasnya. Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan. Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta pada Pencipta. Apabila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak menyedarkan daripada kelekaan. Hati kita yang lemah, sentiasa digodai nafsu, sebab itu kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah SWT.Adanya iman..apapun cabaran kita tetap mara ke hadapan. InsyaAllah.”
Friday, October 8, 2010
Keaslian Al-Quran

Ape khabar sahabatku para pemburu cinta Islam sekalian? Syawal yg mulia telah pn meninggalkan jasad kita, menandakan kelebihan puasa sunat 6 syawal telah pn berakhir. Ahlan Wasahlan Zulkaedah! ^_^ Jd, InsyaAllah, d kesempatan yg diizinkan Allah ini, ingin sekali jari jemari ini menaip sdikit kalam, yg mana bley dijadikan ilmu serta peringatan buat sahabat2 umat akhir zaman. Ilmu yg ana ingin sampaikan ni, Alhamdulillah diperoleh dr Allah melalui seorang penceramah yg bernama Lim Jooi Soon. Mesti sahabat2 hairan apabila ana menyebut nama seorang insan yg berbangsa cina ni kn? Lim Jooi Soon adalah seorang lelaki yg dipilih oleh Allah utk menerima cahaya petunjuk yakni hidayah. Sebelum memeluk agama Islam, beliau pernah menganut agama Buddha n Kristian. Sejurus mengenali Islam, beliau mula mengkaji dgn lebih mendalam mengenai Al-Quran dan sekarang, beliau sedang dalam usaha utk belajar dan membuat penyelidikan mengenai perbandingan antara agama2 yg wujud d atas muka bumi Allah ini. Lidahnya lancar menyebut nama2 surah serta nombor ayt yg beliau ingin jadikan dalil dalam ceramahnya. Subhanallah! Jarang dpt kita lihat manusia selain melayu Islam, yg dpt berhujah tentang Islam. Itulah tandanya agama Allah ini syumul. Islam diturunkan utk seluruh umat d dunia ini. Allahuakbar!
Ceramah yg beliau sampaikan ialah mengenai keaslian Al-Quran. Al-Quran ini diturunkan oleh Allah dalam pelbagai bentuk dan cara bermula dari 17hb. Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah. Tempoh Al-Quran diturunkan ialah 22 tahun, 22 bulan n 22 hari. MasyaAllah, sgt cantik pengurusan Allah. Kalam2 Al-Quran diturunkan terus kpd Rasulullah melalui malaikat Jibrail n segera disampaikan kepada para sahabat utk dicatat dalam bentuk 'suquf' yakni ditulis pada kulit2 binatang, pelepah2 tamar, batu batuan n sbagainya. Kemudian, Al-Quran ini dihafaz sendiri oleh para sahabat n shingga ketika itu, ramai hafiz dilahirkan. Pada bulan Ramadhan tahun 2 hijriah, peperangan pertama umat Islam tercetus. Peperangan yg dinamakan Badar ini diketuai oleh Rasulullah n hanya dianggotai oleh 313 org tentera Islam yg mana mereka berdepan dgn sejumlah 1000 tentera pihak lawan. Berbekalkan iman dan taqwa, Islam tetap menjulang panjiNya n dgn izin Allah, mereka menang. Namun begitu, perang badar ini telah mengorbankan ramai para hafiz. Justeru, para sahabat bersepakat utk mengumpul catatan Al-Quran n membukukannya dalam bentuk mashaf.
Lim Jooi Soon berkata dalam ceramahnya bahawa d akhir zaman ini, ramai sekali yg ingin menghancurkan serta melenyapkan Al-Quran. Nauzubillahi min zalik. Mereka menafikan bahawa Al-Quran itu dikarang sendiri oleh Allah S.W.T. Mereka cuba memutar belitkan fakta bahawa Al-Quran ini sbenarnya dikarang oleh tangan2 manusia. Ada juga yg menyatakan bahawa Rasulullah sendiri yg mengarang Al-Quran. Bgaimana mungkin insan mulia yg bergelar 'ummi'(tak dpt membaca n menulis) dpt menulis Al-Quran. Ditambah lagi oleh org kafir yg menyatakan Rasulullah seorang yg pembohong krn menafikan dirinya sendir yg mengarang Al-Quran. Bagaimana mungkin Rasulullah berbohong sdgkan baginda digelar sbg 'Al-Ameen' sejak dr kecil lagi. Baginda tak pernah berbohong! Ini menunjukkan bahawa keaslian Al-Quran itu terpelihara n pengarang yg sbenar adalah tak lain n tak bkn, Allah S.W.T. Baiklah, mari kita bandingkan kitab Al-Quran serta kitab2 lain yg wujud d dunia ini. Perbezaan yg ketara yg dapat kita ketahui ialah, Al-Quran terpelihara dr segi hafazan n kitab2 lain hanyalah terpelihara dr segi lisan. Apakah maksud terpelihara dr segi lisan? Cuba sahabat2 bayangkan 1 permaianan atau game, yg memerlukan sesorang menyampaikan berita kpd sahabat2 yg lain. Sebagai contoh, A membaca 1 artikel pendek, kemudian diceritakan artikel yg dibacanya itu kpd shabat bernama B. Sahabat B pn menambah garam dalam ceritanya n kemudian diceritakan kpd sahabat bernama C. Kemudian C menambah gula dlm ceritanya dan terus diceritakan kepada sahabt D. Sahabat D tiba2 berminat utk menambah sos tiram dalam ceritanya n diceritakan pula kepada sahabat E dan begitulah seterusnya kpd sahabat yg bernama Z. Kemudian sahabat yg bernama Z ini menceritakan balik apa yg diperolehnya kpd sahabt A. Sudah pasti sahabat yg bernama A ni akan mengeleng2kan kepala n menyatakan bahawa maklumat yg dia dengar itu langsung tak sama dgn maklumat yg terkandung dalam artikel itu. Begitulah yg berlaku terhadap kitab2 lain yg wujud d ats muka bumi ni. Berbeza dgn Al-Quran yg sering dihafaz oleh umat Islam yg mana kalam2 yg terkandung dlm Al-Quran itu sentiasa tersemat dlm hati sanubari mereka.
1 peristiwa yg berlaku baru2 ini di salah sebuah gereja di California, paderi2 becadang utk membakar Al-Quran. Bkn sekadar itu, mereka membuat banner2 khas yg terpampang ayt "to the devils Al-Quran returns". Astaghfirullahalazim. Sangat berani mereka menyatakan Al-Quran itu dikarang oleh syaitan. Bagaimana mungkin Al-Quran itu dikarang oleh syaitan sedangkan banyak sekali ayat2 d dalam Al-Quran yg menghina dan mencaci syaitan serta ketuanya iblis. Sebagai contoh dalam Surah Yasin, ada dinyatakan bahawa "syaitan itu adalah musuh bagimu yg nyata". Mana mungkin syaitan menghina diri mereka sendiri. Selain tu, setiap kali kita mulakan bacaan Al-Quran, mesti kita akan menyebut, "A'uzubillahi minassyaito nirrajim" yg bermaksud, ak meminta perlindugan darimu Ya Allah daripda syaitan2 yg direjam!!! Ianya benar2 terbukti bahawa bkn syaitan yg mengarang Al-Quran tetapi Allah!
Begitulah sahabat2 yg dirahmati Allah. Al-Quran ini sgt lah indah. Kalam2nya dialunkan dgn berbagai irama yg sgt merdu yg mana iramanya tidak boleh ditandingi oleh mana2 irama muzik di dunia ni. Sungguh hebat Al-Quran ini sehinggakan ada yg membacanya sampai menangis dan ada yg membacanya sampai pengsan kerana hati mereka bergetar tanda takut pada Allah. Marilah sama2 kita memantapkan tahap keimanan kita terhadap Al-Quran. Jadikanlah Al-Quran sbg sahabat karib antum semua. InsyaAllah ^_^
"Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )"
Sunday, October 3, 2010
Lima Kisah Aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."