Saturday, October 30, 2010

Air Mata buat Ibu dan Ayah



19 Oktober 2010. Sayu sekali hari itu. Bangun pagiku pada hari itu sangat tidak sama dengan hari-hari sebelumnya. Setelah selesai menunaikan kewajipan agama, aku terus ke kamar bondaku. Kelihatan bondaku termenung jauh di tepi jendela."Assalamualaikum", ujarku. Bondaku senyum. Wanita itu masih lagi diselubungi kain putih. Barangkali baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh. Dia memanggilku ke mari. "Mari sini jap (nama). Tolong ummi masukkan surah-surah Al-Quran dalam mp3 yang ummi baru beli ni. Nak dengar time dalam kapal terbang nanti", pinta bondaku. Aku hanya menganggukkan kepalaku dan terus ke laptop ibuku utk melaksanakan arahannya. Selesai tugas itu, ak terus bertanya, "ada apa-apa lagi yang (nama) boleh tolong?". Tulang-tulangku yang selama ini berat menjadi terlampau ringan mengalahkan titanium untuk menolong ibuku. Mungkin inilah naluri seorang anak yang mencintai ibunya.

Beberapa jam dah berlalu, ramai orang berkunjung ke teratapku. Barangkali memberi penghormatan terakhir kepada orang tuaku yang akan berlepas beberapa jam lagi. Rakan-rakan ayahku semua memakai kopiah putih. Bersemangat sekali menolong ayahku mengikat bagasi-bagasi yang bakal dibawa oleh ayahku. Mungkin untuk memastikan beg-beg tu diikat kemas dan tidak tercicir isi kandungannya. Lantas aku ke dapur menyiapkan sejag air, sekurang-kurangnya untuk menghilangkan haus rakan-rakan ayahku. Adik-adikku semua dah bersiap sedia dengan berpakaian baju melayu, berkopiah. Menunggu di tebing pintu. Kemudian, rakan-rakan ayahku keluar dari rumah, berkumpul di hadapan pintu. Saudara-mara ku perlahan-lahan berjalan menuju ke pintu untuk turut mengikut jejak langkah rakan-rakan ayahku. Kedengaran bunyi esak-esak dan tangis yang agak perlahan di belakang. Di dalam mataku kelihatan nenek serta adik beradiknya mengalirkan air mata. Mungkin agak sedih untuk melepaskan anaknya yakni bondaku utk pergi ke menuju Allah. Beberapa minit kemudian, bonda serta ayahndaku dah siap dengan pakaian putih, berdiri di bingkai pintu. Lantas sahabat ayahku melaungkan azan. Allahuakbar~ Allahuakbar~.... Terdetik dalam hatiku, kenapa dia yang azan. Sedangkan aku anak mereka. Aku yang patut azan. Hati kecilku memberontak. Tapi perkara itu aku biarkannya berlalu sahaja. Tidak ada masa untuk aku memikirkan hal-hal remeh sebegitu. Aku terus mengapai kunci kereta. 3 buah kereta mengusung perjalanan kami ke lapangan terbang. Perrtama kereta rakan ayahku, yang mana hanya ayahku serta seorang rakannya yang berada dalam kereta itu. Kemudian kereta ibuku yang dipandu olehku. Dalam kereta ini, ahli-ahlinya terdiri daripada adik-beradikku, nenekku serta bondaku. Sebuah lagi kereta, isi-isinya adalah saudara-maraku yang nun jauh datang dari seberang. Dengan lafaz Bismillah, kami memulakan perjalanan.

Ahh! Sangat sunyi suasana di dalam kereta yang dipandu olehku. Hairan. Selalunya tidak sepi sebegini. Makin jauh aku memandu, makin pilu suasannya. Air mataku terasa ingin berderai. Entah kenapa. Barangkali sedih untuk melepaskan ibuku. Ibuku yang duduk di sebelahku sesekali menjenguk wajahku. Mungkin dia ternampak air mata jantanku berlinang di bibir mata. Terus dia mengambil kaca mata hitam menutup matanya. Ak dapat rasa yang ibuku turut menangis. Kemudian ibuku memandang kebelakang. Dia memandang semua wajah anak-anaknya. Lantas ada satu suara memecah kesunyian. Ibuku berpesan kepada adik bongsuku. "Duk baik-baik ye dik. Jangan nakal-nakal. Kasihan kat Wan tak larat nak jaga nanti." Adikku hanya menganggukkan kepalanya berkali-kali tanda faham. Kemudian ibuku menekan suis radio. Mungkin untuk menghilangkan benih2 kesepian daripada terus subur. Dah dekat nak sampai. Kelihatan ramai sekali khalifah-khalifah Allah mengerumuni lapangan terbang. Subhanallah. Parking semua kosong. Aku hanya mampu drop ahli-ahli kenderaan di main entrance lapangan terbang. Kemudian aku memberi pesanan ringkas kerana memandangkan keadaan di situ sibuk sekali. " (nama) pergi cari tempat parking jap eh. Nanti (nama) cari ummi dengan ayah." Aku terus memandu kereta ibuku jauh ke dalam. Susah sekali nak cari tempat parking. Akhirnya, aku berjaya mencari lorong kecil yang mana aku rasa boleh la kalau kereta ni nak parking untuk sementar waktu. Tapi tempat aku parking tu sangat-sangat jauh. Tanpa membuang masa, aku menggapai kopiahku dan keluar dari jentera yang aku pandu itu. Kemudian aku berjalan sepantas-pantasnya. Tiba di lapangan terbang, aku dapat melihat ribuan manusia bergelimpangan di airport. Hati kecilku berkata, "Ya Allah, macam mana aku nak cari orang tua aku ni. Dalam keadaan lautan manusia ni! Tolong aku Ya Allah!!!" Ternyata aku tidak bisa menjumpai ibubapaku. Kemudian aku membuat panggilan. Dengan yakin aku mendail nombor telefon ibuku. Ahh!! kredit habis!! Astaghfirullahalazim. Aku seperti terumbang ambing sebentar. Aku terus berjalan sambil beristighfar berkali-kali. Kemudian aku ternampak kelibat lelaki tampan dan gagah di kaunter pendaftaran Tabung Haji. "Ayah!!!" hati kecilku berteriak. Aku tersenyum mengucap Alhamdulillah. Tak lama selepas itu, ibuku call. Kesyukuran ku berganda. Kemudian ibuku berrtanya, "Dah parking kereta belum?" Aku jawab. "Dah, jauh sangat." Ibuku soal lagi, "emm, boleh tak tolong ambil bantal hitam kecil ummi. Ummi tertinggal dalam kereta tadi." "Aduuuuii. Jauh tu nak pergi ambil" hatiku berkata. Namun ak melawan hatiku dengan berkata kepada ibuku. "Ok Ok. (nama) pergi ambil sekejap k. Tunggu dekat kaunter pendaftaran. (nama) pergi ambik sekarang." Aku terus berlari menuju ke kereta. Berpeluh-peluh jasadku. Sampai basah baju biru yang ku pakai. Alhamdulillah, sampai juga aku. Aku terus mengambil barang yang diminta ibuku itu dan bergegas kembali ke lapangan terbang.

Sekali lagi aku tersesat di lapangan terbang. Bukan kerana aku tidak mengenali jalan, tetapi disebabkan ribuan manusia yang membentuk lautan menghalangi jalan-jalanku. Semua ini dugaan. Sekali lagi aku gagal mencari ibuku. Sedih sangat. Dengan berbekalkan kredit RM0.00, ak hanya mampu mencari dengan menggunakan kaki dan mata. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Mungkin Dia mendengar rintihanku. Aku menerima panggilan dari ibuku. ALHAMDULILLAH! Ibuku memberi clue-clue yang aku perlu untuk sampai ke tempat ibuku berteduh. Dan akhirnya aku berjaya menjumpainya. Kelihatan adik-adikku sedang duduk di atas divider jalan yang berwarna hitam putih itu. Bersama-sama dengan neneknya. Pendaftaran sudah pun selesai. Tibalah masa untuk ibu dan ayahku untuk masuk ke balai perlepasan. Flight mereka masih lagi lambat. Lagi 5 jam. Tapi mereka perlu berkumpul di balai perlepasan untuk taklimat yang akan disampaikan oleh pegawai-pegawai tabung haji. Waktu itu, jam masih menunjukkan waktu 4 petang. Adik-adikkku semua mencium tangan ibu dan ayahku. Tidak cukup dengan itu, mereka peluk orang tua mereka dengan penuh erat. Aku masih lagi tidak melakukan hal sedemikian kerana aku perlu menolong ayahku untuk mengangkat bagasi-bagasi gergasi ibu dan ayahku dan akalku assume yang mungkin aku sempat untuk mencium tangan mereka selepas aku menolong mereka angkat beg-beg besar ini.. Tiba di pintu masuk, beberapa orang polis menahanku seraya menyoal, "Dik, ni beg-beg siapa ye?" Aku terus menjawab. "Ni beg mak ayah saya. Saya nak tolong angkat beg-beg ni masuk dalam. Ayah saya mana boleh angkat sorang-sorang" Polis itu dengan tegas berkata. "Adik tak boleh masuk. Jemaah je yang boleh masuk. Adik kena duduk dekat luar." Ya Allah. Hatiku terasa bagaikan dihiris mata pedang. Sangat pilu. Aku memandang wajah ayahku yang di tangannya sudah membawa beberapa buah beg. Aku berkata degan nada perlahan "ayah, polis tu tak bagi (nama) masuk." Ayahku merayu kepada polis tu. "Bagi la anak saya ni masuk. Dia nak tolong angkat beg je pun." Polis itu tetap bertegas, "tak boleh encik. Takpe, nanti saya tolong pakcik angkat barang-barang ni." Polis itu terus mengarahkanku supaya pergi dan memberi laluan kepada jemaah-jemaah lain untu masuk. Aku terus beredar. Tetapi sebelum itu, ak sempat menarik jubah ibuku yang sebenarnya agak jauh di hadapanku, dalam 1.5 meter. Aku ingin memeluk ibuku, namun, gagal kerana jarak kami diselangi beberapa jemaah-jemaah lain. Lantas ibuku menghulurkan tangannya. Aku berkata, " belum lagi ummi. Nanti kita jumpa balik dekat tepi pagar." Ibuku berkata, " takpelah, takut tak sempat, cepatlah salam." Aku terus mencium tangan ibuku sambil berpesan, " Nanti jumpe balik ye kat tepi pagar." Ibuku hanya manganggukkan kepalanya. Kemudian aku mencari ayahku yang sebentar tadi hanya berdiri di belakangku. Ya Rabbi! Dia sudah hilang dari pandangan mataku. Tidak sempat untuk aku mengucup tangannya. Sedih sangat. Aku terus berlari ke arah pagar yang menghalangi orang-orang lain daripada turut ikut masuk ke dalam bersama jemaah. Aku melambaikan tanganku. Alhamdulillah ibuku ternampak tangan hina kecilku melambai kearahnya. Dia tersenyum. Kemudian dari jauh aku ternampak ayahku sedang berulang-alik membawa bagasi-bagasi besar masuk ke dalam balai. Ternyata polis tadi hanya memberi harapan palsu kepada ayahku. Hati kecilku memberontak "eee.. geramnya aku. Tadi cakap nak tolong angkat. Tengok-tengok ayah aku sendiri yang angkat semua beg-beg tu. Astaghfirullahalazim! Penipu!" Kemudian ibuku menelefonku. Dia cakap " (nama)... ummi rasa kita dah tak boleh jumpa dah. Pegawai tu cakap bila dah masuk balai berlepas dah tak boleh keluar da." Aku terdiam. Terpaku. Sedih yang teramat sedih. Aku mula mencemburui adik-adikku yang sebelum ini sempat mencium dan memeluk ibubapaku sebelum meninggalkan mereka. Aku hanya menjawab " Takpelah ummi. Takde rezeki. Bila dah sampai nanti, kirim salam kat Rasulullah ye." Perbualan kami berakhir di situ. Aku terus beredar dalam keadaan hambar. Aku mendapatkan adik-adikku serta nenekku yang menunggu di tepi kaunter dan membawa mereka ke kereta yang kami naiki tadi.

Aku serta adik-adikku pulang ke rumah. Ternyata lain rasanya bila berada di rumah tanpa kedua ibu bapa. Jam sudah menunjukkan waktu 6 ptg. Pukul 8 aku harus ke airport kembali sebab aku perlu pulang ke tempat pengajianku malam itu juga. Tempat pengajianku jauh dari kampung halaman. Jadi, dalam masa yang singkat, aku persiapkan adik-adikku untuk ke rumah nenekku. Mereka akan tinggal di sana selama ketiadaan ibu bapaku. Aku persiapkan baju-baju mereka, ubat-ubatan mereka, makanan-makanan mereka. Penat sekali. Tengah-tengah mempersiapkan segala macam itu, aku mendapat panggilan dari ayahku. Ayahku memberitahuku yang dia akan berlepas jam 9 malam. Oh!! Sama masa dengan penerbanganku. Ayahku berpesan "Nanti kalau dah sampai airport, bagitahu la. Mungkin nanti boleh jumpa. Sebab ayah ada kenal pegawai yang bekerja kat sini. Dia boleh tolong." Ak menangis kegembiraan mendengar berita itu. Allah mengizinkanku untuk bertemu ibubapaku. Alhamdulillah. Syukran Ya Allah. Dengan segera aku bersiap-siap untuk flight aku malam itu. Dengan bantuan sahabat ayahku, aku berjaya untuk sampai ke airport sebelum jam 8. Adik-adikku pun ikut sekali. Nenekku pun sama. Setelah selesai check-in, aku terus mencium tangan nenekku. Kemudian bersalam dengan adik-adikku. Hatiku agak gundah sedikit ketika itu kerana aku bimbang takut-takut terjadi apa-apa yang tidak diingini ke atas mereka ketika mana mereka semua bukan dibawah penjagaan ibu bapaku. Sebelum ini, adikku yang bongsu jatuh motorsikal. Dikendong oleh abangnya merangkap adikku yang pertama. Habis 1 badan luka. Kasihan. Peristiwa-peristiwa itu membuatkan aku tidak senang duduk. Tetapi, apakan daya. Aku terpaksa meneruskan perjuanganku. Aku berpesan kepada adikku yang pertama supaya menjadi abang yang baik. Jaga adik-adik yang lain dengan sempurna. Dia hanya tersenyum dan menganggukkan kepala.

Kemudian aku terus masuk ke balai berlepas domestik. Di sebelah kanan balai aku itu, merupakan balai antarabangsa, yang mana sekarang ini dipenuhi oleh para jemaah. Tidak lama selepas itu, Ibuku menelefonku, dia bilang dia nampak aku. Aku terus meliarkan mataku untuk mencari ibuku. Nah! Di hujung sana! Aku terus berlari. Namun, pertemuan kami dihalang oleh satu hijab. Pertemuan kami dihijab oleh sekeping dinding kaca lutsinar yang mana diantara setiap dinding kaca itu terdapat lubang-lubang kecil. Sekadar dapat dengar suara kecil, bolehlah. Terasa bagaikan di penjara pula ketika itu. Ayahku berkata, " Tadi ayah dah pesan kat kawan ayah. Nanti bila nampak ayah keluar dari gate international ni, (nama) keluar la sekejap. Takpe. Kita jumpa kat situ" Aku menganggukkan kepala tanda setuju. Aku terus menunggu di pintu keluar balai domestik. Membilang masa kapan ibu bapaku akan lalu di hadapanku. Kemudian kelihatan seorang jejaka berbaju hijau keluar dari pintu itu dan memanggilku. Dia berkata "cepat-cepat, pergi jumpa ayah kat sana" Aku terus berlari keluar dari balai itu dan memeluk kedua ibu bapaku dengan penuh erat sambil dilihat oleh ramai manusia ketika itu. Mungkin situasi ketika itu agak memalukan tetapi aku tidak menghiraukan sedikit pun hal itu ketika itu. Aku bersyukur kerana sempat berjumpa orang tuaku sebelum mereka dijemput untuk ke Baitullah. Aku dapat melihat linangan air mata di bawah kelopak mata ibuku. Mungkin tanda syukur kerana sempat untuk berjumpa dengan ku. Yelah. Bukan semua orang yang pergi Haji itu akan kembali semula ke tanah air. Ibuku berpesan "Doakan ummi sihat kat sana. Moga-moga ibadat yang ummi buat ni dapat dilalukan dengan sempurna. Selau-selalu la call adik-adik. tanya khabar. k?" "Ya. Baik ummi. kirimkan salam (nama) kepada Rasulullah nanti ye" kemudian aku melepaskan kedua ibu bapaku dengan penuh kepuasan. Puas kerana sempat bertemu mereka sebelum mereka pergi menuju Allah. Kemudian aku masuk kembali ke dalam balai domestik. Menunggu giliran flightku dipanggil. Aku sempat melihat pesawat B747 yang dinaiki orang tuaku berlepas. Lantas hatiku berucap," Ya Allah, sihat sejahterakanlah kedua ibu bapaku selama mana mereka bereda di sana. Lindungilah mereka. Peliharakanlah mereka. Sesungguhnya mereka benar-benar ingin menujuMu. Bukakanlah mereka pintu ketaqwaan supaya mereka terus tunduk dan akur akan perintahMu. amiiin" Selamat tinggal Ummi. Selamat tinggal Ayah.

4 comments:

Nia said...

saya pernah melalui saat2 ini, ternyata air mata mengalir jua jika teringat kembali. ;')

Zharif said...

sudah tentu. mungkin itulah naluri seorang anak. :')

farah said...

dengar cerita, from my parents yang berada di mekah juga, sekarang ramai para jemaah sakit batuk.sama-sama kita berdoa semoga ibu bapa kita dan para jemaah di sana dalam keadaan sihat..pergi dan kembali di tanah air dengan selamat dan mendapat haji mambur.

p/s: berpisah dgn ibu bapa merupakan saat yg menyedihkan. hanya doa sahaja dapat kita berikan.

Zharif said...

tu lah. doa anak2 lah yg sentiasa mengiringi mereka. bersama2 lah kita berdoa utk mereka. Moga2 diberi kekuatan, kesihatan n kesejahteraan selama mana mereka berada d sana. amiin.. :)

Post a Comment

Halwa Telinga